Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Gaya Pakaian: Keperluan Kerjaya atau Kepuasan Diri

Salam. Emmm, puas saya fikirkan apa topik terkini yang patut diketengahkan. Terbaca satu article dalam web http://www.forbes.com/ , terpanggil untuk menulis topik ini dalam blog. Dalam bekerjaya terutamanya, penampilan diri adalah penting. Apatah lagi kiranya sebagai seorang usahawan, bekerja di syarikat korporat bahkan sebagai seorang guru juga, kita perlu mempunyai imej yang baik. Ini perlu bermula dengan cara kit aberpakaian. Bagi saya ianya mudah: 1. mengikut garis panduan menutup aurat yang betul 2. bersih 3. kemas Sebagai wanita terutamanya, perlu sentiasa diingatkan. Tidak salah untuk bergaya, tapi perlulah kena pada tempatnya. Adakalanya, keperluan kerjaya tidaklah sehebat mana, cuma tanggapan dan persepsi manusia biasa sering menjadikan kita mahu dilihat lebih berkarisma dengan penampilan yang berbeza. Memang benar, ada kepentingan yang tertentu untuk seseorang menjaga penampilan dan gaya pemakaian. jadi pandai-pandailah kita sebagai individu untuk sentiasa menilai dan memasti

Maju dalam hidup: Satu Pilihan

Salam. Macam-macam yang kita temui dan lalui dalam hidup ni kan? Ada pelbagai karakter, ada macam-macam rupa dan macam-macam pemikiran yang kita boleh temui. Apa yang pasti, kepelbagaian ini perlu diraikan. Cara terbaik adalah dengan terus maju dalam hidup walau apa pun cabaran yang mendatang dan ditaburkan oleh mereka yang amat rapat dalam hidup. Bukanlah saya mahu mencadangkan agar anda ketepikan mereka yang tersayang untuk maju, apatah lagi jauh sama sekali untuk tidak mengingati dan menghargai ahli keluarga dan rakan terdekat untuk menuju kejayaan. Tapi dakalanya, persepsi negatif dan tidak memberansangkan akan datang dari mereka yang paling kita sayangi. Anda setuju? Oleh itu, majulah kehadapan dan jadikanlah ia sebagai satu pilihan. Berusaha sepenuhnya dan bekalkan dalam diri sifat taaqarrub dan tawakkallah sentiasa. ALLAH menjanjikan keberkatan dan barakah kepada umatnya. Antara mereka yang tersayang dalam hidup saya... Noraminah Omar Call/text: +6013.380.8831 YM: aroma_om SKYPE

Apa yang datang sebelum...

Salam. Waktu ini ramai yang dilanda pelbagai penyakit. Demam denggi, lnfluenza H1N1, HFM, dan banyak lagi penyakit termasuklah demam, selsema dan batuk yang acapkali datang dan pergi. Sihat? Bagaimana kita harus mentafsirkannya. Penyakit atau pun sakit yang kita hadapi selama ini adalah lebih kepada fizikal dan tubuh manusia yang boleh dirawat dan diubati. Ramai yang akan bertemu doktor, pakar kesihatan dan mungkin tabib cina untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik kepada keadaan kesihatan individu. Pun begitu kita pasti faham akan hakikat sakit. Seseorang haruslah sabar dan tabah untuk melalui fasa menemui masa penyembuhan. Usaha dan tawakkal merupakan antara kata kunci kepada kita supaya dapat terus sabar tanpa melibatkan banyak kegawatan emosi yang pastinya akan lebih "menyakitkan" kiranya ia dilibatkan sama. Ada juga yang seringkali akan mengeluh dan merungut dalam keadaan sakit. Ini sebenarmya cuma menambahkan kesengsaraan jiwa yang amat tidak selesa dengan keadaan t

Apabila anda berniaga untuk wang...

Salam. Pernah saya nyatakan bahawa saya juga merupakan seorang usahawan. Saya meletakkan diri saya dalam kategori usahwan kecil-kecilan yang amat berminat untuk berniaga tetapi tidak mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mencipta perniagaan baru. Kerana dengan lebih tepat, saya suka berniaga kerana saya suka menelusuri hidup bersama dengan sekelompok manusia yang lain. Saya suka meluangkan masa bersama orang lain. Saya secara peribadi lebih berminat dengan puisi, hasil karya pendek dan amat gemar membaca pengalaman dan perkongsian pendapat bersama yang lain. Saya suka 'mengajar' dan berkongsi pengalaman dengan yang lain. Pun begitu, saya sentiasa cuba mencari jalan terbaik untuk mengajar, berkongsi pengalaman dan juga hobi saya sebagai seorang yang suka kepada karya penulisan. Setelah beberapa tahun bergelar 'cikgu' saya rasa sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman dengan guru lain berdasarkan pengalaman saya yang sedkit ini... Lama-kelamaan, saya mendapati bahawa

Dapat anda gambarkan?

Salam. Teringat kisah seorang rakan. Usia dalam lingkungan 30an, berkahwin dengan suami pilihan hati, dikurniakan dua orang anak yang comel. Dulunya, rakan saya ini bekerjaya dan bekerja dengan penuh dedikasi di salah sebuah syarikat korporat ternama. Maklumlah, syarikat gergasi telekomunikasi... Panas yang disangkakan berpanjangan, hujan juga yang turun ditengah hari. Suami rakan saya telah dibuang kerja. Gawat ekonomi. Ramai rakan sekerja yang lain turut ditawarkan dengan VSS. Mencuba beberapa bidang perniagaan dengan wang VSS, lama kelamaan simpanan dan bekalan kewangan berkurangan. Rakan yang dulunya berhenti kerja dengan tujuan untuk membantu perniagaan suami kini makin buntu. Menyesal kerana melepaskan kerjayanya yang hebat sebelum ini. Dalam keadaan ekonomi yang gawat, bukan mudah hendak mendapatkan semula kerja. Terkini, saya diberitahu, rakan saya beberapa kali bertukar kerja kerana cuba mendapatkan gaji bulanan bagi menyara keluarga. Selepas 2 atau 3 bulan bekerja rakan saya

KERJAYA: Ke mana arah anda?

Salam. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Yalah...bak kata rakan saya "biar gawat ekonomi, jangan gawat emosi!" Sebagai wanita yeng menjalankan perniagaan sendiri dan bekerjaya beserta tanggungjawab kekeluargaan yang besar, saya erlu bijak mengawal masa dan juga kesihatan MENTAL. Saya mengaku, agak sukar untuk mengawal perasaan dan juga fikiran yang seringkali menjadi terlalu negatif. Bila ini terjadi, mulalah...banyak tatacara dan tutur bicara yang diluar kawalan. Saya sedar, apa yang penting mestilah harus ada : Pegangan yang kuat dalam hal keagamaan Mencari keredhaan ALLAH dan melalui hidup bekerjaya apatah lagi sebagai wanita tidak semudah yang anda sangkakan. Saya pasti, ramai wanita diluar sana, pasti setuju dengan saya. Kebanyakan masa akan habis dengan memikirkan keputusan apa yang terbaik untuk semua orang. Maklumlah, bukan hanya diri sendiri yang perlu dijaga...suami, anak-anak, saudara mara malah pekerja dibawah jagaan kita. Jika tidak mempunyai kekuatan

Projek ke-2

Salam. Kegawatan ekonomi berlaku di mana-mana. Ramai yang menegeluh saban kali kerana terpaksa mengeluarkan lebihan 'bajet' untuk berbelanja. Apatah lagi untu perbelanjaan harian seperti barangan dapur dan keperluan anak-anak kecil. Harga barang memanglah tidak menentu. Pastinya ada saja kenaikan kos yang akan dikenakan pada mana-mana barang sekalipun. Bagi keluarga yang perlu berkongsi lebih perbelanjaan (terutama yang mempunyai bilangan keluarga yang besar) sentiasa berhati-hati dan 'berdikit-dikit' dalam merancang penggunaan barangan harian. Anda bagaimana? Sehinggalah terlintas dalam fikiran saya, "Alangkah bagus kiranya saya mempunyai sekeping tanah sendiri dengan palbagai tanaman keperluan harian. " Tidak perlul lagi saya berfikir bagaimana untuk mendapatkan bahan mentah didapur denga harga yang rendah. Saya yakin, bukan saya seorang yang mempunyai fikiran sedemikian. Saya bercita-cita untuk memiliki sebidang tanah. Akan diusahakan untuk tanaman keperlu