Skip to main content

Apabila anda berniaga untuk wang...

Salam.

Pernah saya nyatakan bahawa saya juga merupakan seorang usahawan. Saya meletakkan diri saya dalam kategori usahwan kecil-kecilan yang amat berminat untuk berniaga tetapi tidak mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mencipta perniagaan baru.

Kerana dengan lebih tepat, saya suka berniaga kerana saya suka menelusuri hidup bersama dengan sekelompok manusia yang lain. Saya suka meluangkan masa bersama orang lain.

Saya secara peribadi lebih berminat dengan puisi, hasil karya pendek dan amat gemar membaca pengalaman dan perkongsian pendapat bersama yang lain. Saya suka 'mengajar' dan berkongsi pengalaman dengan yang lain.

Pun begitu, saya sentiasa cuba mencari jalan terbaik untuk mengajar, berkongsi pengalaman dan juga hobi saya sebagai seorang yang suka kepada karya penulisan.

Setelah beberapa tahun bergelar 'cikgu' saya rasa sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman dengan guru lain berdasarkan pengalaman saya yang sedkit ini...

Lama-kelamaan, saya mendapati bahawa ada ruang untuk berkembang dalam bidang yang saya ceburi untuk menambahkan kualiti hidup dengan menjadi usahawan muslim. Bukankah perniagaan dan berniaga secara jujur sudah dijanjikan balasan dan darjat yang tinggi dalam agama? Sangat jelas bukan?

Saya mengumpulkan kekuatan sekian lama terpendam. Dengan sokongan suami tercinta, dan juga kerjasama seluruh ahli keluarga, saya bulatkan tekad untuk menawarkan diri menjadi penjana pertama perniagaan dalam industri pendidikan kanak-kanak.

Puas saya cuba meyakinkan 'bos' yang saya sudah bersedia dan sanggup mengharungi dugaan dalam perniagaan.

Namun, mungkin masa belum tiba untuk saya. Dua tahun selepas saya menjaga perusahaan perniagaan 'bos' di cawangannya, akhirnya rezeki saya tiba. Tidak sia-sia penantian dan pengorbanan masa untuk menngumpulkan pengalaman dan menimba pengetahuan dalam perniagaan dalam industri pendidikan.

Saya masih ingat lagi...soalan yang saya tanyakan pada diri sendiri.

"Niat nak buka sekolah ni, nak kaya ke apa?"
"Tak, buka sekolah sebab saya suka nak buat. Saya rasa dah tiba masa saya tingkatkan diri dengan memiliki satu. Ada rezeki, insyaallah. Kalau nak betul nak kaya, saya kena buka bisnes lain. Tapi, saya rasa ini yang saya suka nak buat dan saya nak buat!"

"Boleh berjaya?"
"Asalkan saya tak jatuh miskin dan dapat hidup sederhana macam biasa, dah memadai."

"Kalau gagal?"
"Tak pernah terlintas perkataan tu. Saya yakin berjaya. Tapi saya akan bersedia untuk itu. Mana ada kejayaan datang bergolek. Kalau nak senang saja...bukan makhluk Allah namanya. Beriman, pasti diuji!"

"Pandai ke nak uruskan duit? Sanggup ambik risiko?"
"Yakin, usaha dan tawakkal"

Berniaga untuk apa? Berniaga untuk siapa? Berniaga yang bagaimana?

Apabila anda berniaga untuk wang, wanglah hasilnya.
Apabila anda berniaga demi membantu keluarga, bantuan kepada keluargalah hasilnya.
Apabila anda berniaga kerana nama, 'glamour'lah anda.
Apabila anda berniaga agar terbukti anda berrjaya, berjayalah anda.
Apabila anda berniaga sekadar kepuasan diri, akan puaslah anda.
Apabila berniaga kerana ALLAH dan ISLAM, berjayalah anda dunia dan akhirat! Amin!!


Salam perjuangan,

Noraminah Omar
Call/text: +6013.380.8831
YM: aroma_om
SKYPE: Noraminah Omar
http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/
http://www.geniusactivekidz.blogspot.com
www.vemmabuilder.com/647874305

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...