Skip to main content

Apa yang datang sebelum...

Salam.


Waktu ini ramai yang dilanda pelbagai penyakit. Demam denggi, lnfluenza H1N1, HFM, dan banyak lagi penyakit termasuklah demam, selsema dan batuk yang acapkali datang dan pergi.


Sihat? Bagaimana kita harus mentafsirkannya. Penyakit atau pun sakit yang kita hadapi selama ini adalah lebih kepada fizikal dan tubuh manusia yang boleh dirawat dan diubati. Ramai yang akan bertemu doktor, pakar kesihatan dan mungkin tabib cina untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik kepada keadaan kesihatan individu.


Pun begitu kita pasti faham akan hakikat sakit. Seseorang haruslah sabar dan tabah untuk melalui fasa menemui masa penyembuhan. Usaha dan tawakkal merupakan antara kata kunci kepada kita supaya dapat terus sabar tanpa melibatkan banyak kegawatan emosi yang pastinya akan lebih "menyakitkan" kiranya ia dilibatkan sama.


Ada juga yang seringkali akan mengeluh dan merungut dalam keadaan sakit. Ini sebenarmya cuma menambahkan kesengsaraan jiwa yang amat tidak selesa dengan keadaan tubuh badan yang tidak aktif ketika sakit.

Masihkah kita ingat waktu sihat sebelum sakit? Seorang rakan memberitahu saya. Katanya, bagus juga dia sakit. Dpat berehat dengan tenang di hospital. Dapat kunjungan teman, serta dilayan dengan baik. Emm...anda bagaimana?

Suka dalam keadaan yang sihat atau sakit. Saya secara peribadi menerima keadaan sakit sebagai satu peringatan. Peringatan untuk berehat, merenung dan berfikir. Sejauh mana telah saya pergi sewaktu sihat? Banyak mana kebaikan yang sudah saya buat semasa sihat? Sebelum sakit, apa yang sudah saya laksanakan?

Kerap kali saya mengingatkan diri. Sebagai pemimpin dalam keluarga, perniagaan dan pekerjaan, sejauh mana saya telah dapt mencurahkan bakti dan membantu orang lain?

Bagi saya, saya harus menolong diri saya sendiri sebelum saya menolong orang lain.
Saya berdoa agar perjuagan semua umat islam di dunia mendapat rahmat dan bimbingan dari ALLAH.

Noraminah Omar
Call/text: +6013.380.8831
YM: aroma_om
SKYPE: Noraminah Omar

http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/
http://www.geniusactivekidz.blogspot.com
www.vemmabuilder.com/647874305

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...