Skip to main content

Dapat anda gambarkan?

Salam.

Teringat kisah seorang rakan. Usia dalam lingkungan 30an, berkahwin dengan suami pilihan hati, dikurniakan dua orang anak yang comel.

Dulunya, rakan saya ini bekerjaya dan bekerja dengan penuh dedikasi di salah sebuah syarikat korporat ternama. Maklumlah, syarikat gergasi telekomunikasi...

Panas yang disangkakan berpanjangan, hujan juga yang turun ditengah hari. Suami rakan saya telah dibuang kerja. Gawat ekonomi. Ramai rakan sekerja yang lain turut ditawarkan dengan VSS. Mencuba beberapa bidang perniagaan dengan wang VSS, lama kelamaan simpanan dan bekalan kewangan berkurangan.

Rakan yang dulunya berhenti kerja dengan tujuan untuk membantu perniagaan suami kini makin buntu. Menyesal kerana melepaskan kerjayanya yang hebat sebelum ini. Dalam keadaan ekonomi yang gawat, bukan mudah hendak mendapatkan semula kerja.

Terkini, saya diberitahu, rakan saya beberapa kali bertukar kerja kerana cuba mendapatkan gaji bulanan bagi menyara keluarga. Selepas 2 atau 3 bulan bekerja rakan saya itu khabarnya akan berhenti dan mendapatkan kerja yang lain. Tidak sesuai katanya...

Walau apa pun, saya cuma ingin berkongsi bersama anda. Apa akan anda lakukan jika suami tidak bekerja? Suami pula bukanlah seorang yang 'ringan tulang'.

Bayangkan setiap hari apabila anda penat pulang dari kerja, rumah tidak teratur, pinggan mangkuk tidak berbasuh.

Tiba-tiba suami anda bekata "Yang tolong buatkan kopi!" Anda bergegas juga demi mengenangkan ia tugas anda sebagai seorang isteri.

Setelah membersihkan rumah, masak makan malam yang ringkas untuk anak dan keluarga, selesai memungut selonggok pakaian dan dimasukkan ke dalam mesin basuh, anda ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk solat abang maghrib. Mungkin anda bernasib baik kiranya anak-anak agak dewasa untuk membantu.

Tidak lama selepas anda selesai solat maghrib, "Yang esok abang nak keluar. Bagi abang RM10."

Mungkin senario ini bukan untuk anda. Tapi percayalah, ramai rakan wanita dan ibu bekerjaya yang menjalani rutin harian sebegini.

Saya mengenangkan betapa hebat pengorbanan mereka. Dengan ketaatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan, mencari kekuatan untuk menetapkan dalam diri sifat taat dan mengawal marah yang mendalam terhadap si suami yang seperti tidak faham penat lelah si isteri setiap hari pergi dan balik kerja.

Sedangkan si suami seolah tidak hirau dan bersahaja kerana isteri mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap setiap bulan. masih mengharapkan isteri melayan dan menyediakan keperluan suami seperti biasa, tanpa memahami keperluan anak yang sedang membesar.

Perbelanjaan persekolahan dan perbelanjaan harian tidak lagi menjadi beban fikiran sang suami. Ibu dan isterilah juga yang terpaksa bertungkus lumus dan memerah tenaga dan fikiran setiap hari untuk memenuhi kecukupan dan keperluan keluarga...

Dapat anda gambarkan?

saya dalam diam mengagumi ketabahan wanita -wanita di luar sana yang amat tabah dan kuat. Semoga mereka mendapat perlindungan dan limpahan rahmat dari Allah atas kesabaran dan kekuatan mereka.

Saya bedoa agar saya dikurniakan kekuatan dan kemuliaan seperti wanita zaman silam. Seumpama Saidatina Aisyah, Asma, Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi...

Salam perjuangan,

Noraminah Omar
Call/text: +6013.380.8831
YM: aroma_om
SKYPE: Noraminah Omar
http://www.noraminahomar.blogspot.com
http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/
http://www.geniusactivekidz.com
www.vemmabuilder.com/647874305

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...