Skip to main content

KERJAYA: Ke mana arah anda?

Salam.


Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Yalah...bak kata rakan saya "biar gawat ekonomi, jangan gawat emosi!"


Sebagai wanita yeng menjalankan perniagaan sendiri dan bekerjaya beserta tanggungjawab kekeluargaan yang besar, saya erlu bijak mengawal masa dan juga kesihatan MENTAL.


Saya mengaku, agak sukar untuk mengawal perasaan dan juga fikiran yang seringkali menjadi terlalu negatif. Bila ini terjadi, mulalah...banyak tatacara dan tutur bicara yang diluar kawalan.


Saya sedar, apa yang penting mestilah harus ada :


Pegangan yang kuat dalam hal keagamaan


Mencari keredhaan ALLAH dan melalui hidup bekerjaya apatah lagi sebagai wanita tidak semudah yang anda sangkakan. Saya pasti, ramai wanita diluar sana, pasti setuju dengan saya.


Kebanyakan masa akan habis dengan memikirkan keputusan apa yang terbaik untuk semua orang. Maklumlah, bukan hanya diri sendiri yang perlu dijaga...suami, anak-anak, saudara mara malah pekerja dibawah jagaan kita.


Jika tidak mempunyai kekuatan yang dalam serta tahap daya tahan diri yang tinggi, mudah sahaja anda akan jatuh bila-bila masa. Jatuh bangun memang biasa dalam hidup. Tapi, untk bangkit semula dari satu-satu kejatuhan memerlukan kekuatan yang amat luar biasa!


Saya sentiasa berdoa agar ALLAh mengurniakan saya kekuatan IMAN dan FIZIKAL yang mantap untuk meneruskan apa jua yang baik sedang saya lakukan.


Sabar, usaha dan tawakkal


Saya juga tak lepas putus berdoa agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam meneruskan usaha menjalankan perniagaan untuk masyarakat muslim setempat. Banyak juga yang perlu dilalui. dalam usaha memastikan segalanya berjalan lancar untuk semua pelanggan dan keluarga muslim yang terlibat dalam perniagaan ini, saya amat memerlukan kekuatan untuk menjana kesabaran dalam diri dan maju lbih ke hadapan.


USAHA-USAHA LAIN




Kerjaya, boleh membawa kepada apa yang kita impikan. Kerjaya membawa kepada jalan kejayaan, mengecapi sesuatu yang anda impikan.


Dalam masa yang sama, ia juga boleh memberikan kegawatan dalam hidup.


Jadi, saya secara peribadi membuat kesimpulan bahawa, apa jua kerjaya yang sedang kita kecapi, MESTI ada punca pendapatan tambahan atau sampingan.


Tak pelik bukan? Tapi, kini ia menjadi satu perkara yang amat penting.


Kepada anda semua, mungkin sudah tiba masa untuk mencuba dan menjalankan apa yang kita panggil "PUNCA PENDAPATAN SAMPINGAN".


Saya yakin. Rezeki ada dimana-mana. Kita perlu berusaha. ALLAH sudah menjanjikan rezeki untuk setiap hambanya.


Marilah terus berusaha, untuk membawa dan menjadikan kerjaya sebagai sesuatu yang positif bagi kita.


Salam berjaya!


NORAMINAH OMAR
Call/text: +6013-3808831
http://www.noraminahomar.blogspot.com/
http://www.noraminahomar.wordpress.com/
http://www.geniusauladdamansara.blogspot.com/
http://www.geniusactivekidz.blogspot.com/
www.vemmabuilder.com/647874305

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...