Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini ter

MERDEKA: Cabaran, Mencabar dan tercabar

Saya masih berkempen untuk menulis dan menggunakan bahasa melayu yang betul. Sukar juga sebenarnya, apatah lagi jika sudah menjadi kebiasaan kita bertutur menggunakan bahasa singkatan. Maklumlah, dengan teknologi terkini 'sms' dan 'facebook', menjadi satu cabaran yang besar untuk kita memastikan penulisan dan penggunaan bahasa yang baik terjaga. Saya masih yakin, bahasa jiwa bangsa. Malah, sekarang sudah terfikir, mungkin masanya sudah tiba untuk saya meneruskan tradisi bahasa 'jawa' yang juga makin pupus dalam keluarga saya. Wah, mencabar bukan? Apa pun, setiap cabaran yang mendatang pastilah mencabar dan sebagai seorang individu yang berperasaan mestilah rasa tercabar. Namun, usaha untuk menyahut cabaran perlu berasas dan mengambil landasan yang benar, baik dengan berhikmah. Lumrah hidup manusia untuk menjadi khalifah pastilah mencabar. Cabaran pula pasti datang dari segenap pelusuk dan penjuru hidup. Sebagai individu yang bergelar rakyat Malaysia, s

Masa

Saya kira, akhir zaman ini masa begitu cepat berlalu. Pantas sungguh! Ramai juga yang sering berkata, tidak cukup masa, tak sempat dan banyak lagi. Hakikatnya, inilah cabaran yang paling perlu kita tangani dengan bijaksana. Masa yang diberikan kepada semua adalah sama, 24 jam sehari. Tidak lebih dan tidak kurang walau sesaat pun. Saya juga ingin mengingatkan diri, bahawa saya perlu menguruskan tugasan saya agar masa dapat dipenuhi dengan sempurna. Masa bukan untuk dibazirkan dan bukan untuk diurus. Diri kitalah yang seoatutnya kita urus agar masa akan mencukupi dan kerja menjadi lebih produktif! http://www.ilhamkutulis.blogspot.com/ Salam untuk semua. Semoga setiap malan di bulan RAMADHAN yang mulis ini, 'proposal terbaik' sahajalah yang kita hantarkan kepadaNYA. Amin!

Saya nak ceritakan.

Dua hari lepas, saya bertemu seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Nampak gayanya, beliau suka akan kerjanya sebagai seorang eksekutif. Alhamdulillah, beliau nampak gembira dan lebih matang daripada sebelumnya. Pertemuan yang tidak lama, tetapi masih sempat saya berbual dengan beliau. Saya tertarik dengan salah satu perkara yang disebutkan. "Saya dulu fokus sangat pasal perkara remeh-temeh. Sampaikan nak fikirkan hal yang lebih penting pun tak dapat." "Kenapa pula?" "Yalah, sekarang saya sedar. Lagi banyak saya bantu dan fikirkan orang lain dari diri sendiri, rupanya Allah akan membalas dengan yang lebih baik untuk diri saya." "Oh, habis...tak kan awak tak ada luangkan masa untuk diri sendiri?" "Memanglah, tapi apa yang saya maksudkan, tidaklah terlalu asyik dan fokus masalah diri saya saja. Kalau macam tu sampai bila kita tak akan bahagia pun...Contoh senang saja. Katalah kalau saya ada satu 'client&

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebolehan berbahasa merupakan satu anugerah. Pernah terfikir, bagaimana hebatnya ALLAh menjadikan manusia seluruh dunia dengan pelbagai bahasa, sebutan dan tulisan. Mungkin bagi kita, hanya cukup dengan bahasa Melayu dan inggeris. Tapi sedarkah kita bahawa banyak lagi bahasa lain di dunia ini yang digunapakai secara meluas dan bertaraf antarabangsa termasuk bahasa arab dan mandarin? Hebat bukan? Bahasa... Ada yang masih bertelingkah tentang yang mana lebih penting : ENGLISH atau BAHASA MELAYU. Saya secara peribadi tidak mengangungkan bahasa melayu dan tidak pula menyanjung bahasa Inggeris. Melalui pengalaman secara praktikalnya kedua-dua bahasa amat penting untuk dikuasai. Berbahasa Melayu memang perlu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Ada segelintir masyarakat yang menolak langsung bahasa Inggeris. Ini menjadikan satu ciri kepincangan pula bagi individu dan masyarakat itu. Ada pula yang terlalu membanggakan bahasa Melayu, sehingga sukar untuk memecah te

RAMADHAN: Bulan penuh maghfirah...

Mendengar sebutan seorang ustaz tentang RAMADHAN yang penuh dengan rahmah, maghfirah dan barakah, saya teringat kisah seorang rakan yang menghadapi masalah berdepan dengan seorang pelanggan. Kisahnya, rakan saya ini menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Tidak mahulah saya sebutkan disini secara terperinci. Apa yang penting, pelanggannya ini mempunyai 'expectation' yang agak tinggi, menyebabkan beliau tidak puas hati dengan rakan saya. Akibat penjelasan yang tidak tepat dari pekerjanya, rakan saya menanggung akibat apabila pelanggannya ini tadi mengecamnya dalam tulisan artikel yang disiarkan secra 'on-line'. Setelah beberapa bulan berlalu, beliau cuba menghubungi semula palanggannya untuk memohon agar kecamannya itu tidak lagi disiarkan memandangkan isu terbabit telah selesai dan ia adalah salah faham yang harus diterima oleh kedua-dua belah pihak. Malahan proses penambahbaikan sudah pun dilakukan. Maklumlah, rakan saya bersalah kerana tidak memasti

Mampukah kita memahami?

Orang dulu-dulu ada berkata: 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.' Kini saya juga boleh menyatakan bahawa 'Berat telinga mendegar, berat lagi bahu memikul'. Sedar atau tidak, ramai diantara kita selalu memikirkan betapa senangnya dan seronoknya hidup seperti orang yang berjaya dan bergelar jutawan dan kaya. Tentu hidup mereka hebatkan? Disebalik semua itu, saya kira amat sukar untuk kita semua, termasuk saya sendiri untuk memahami keperitan dan kepayahan mereka yang kita fikirkan senag dan mewah itu. Saya sendiri, meskipun hidup cuba untuk sederhana, masih menghadapi masalah juga. Memang kita dipandang dan dikira sebagai mewah oleh 'mata' bank dan masyarakat. Tetapi hakikat hidup ini siapakah kita untuk memahaminya? Apapun, lumrah hidup memang begitu. Jadi, jika itulah jalan yang telah ditakdirkan, maka redha adalah yang terbaik. Sesekali jangan lupa akan pentingnya usaha yang keras diiringi dengan doa dan tawakkal yang utuh. Semoga kejayaan menanti s