Skip to main content

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebolehan berbahasa merupakan satu anugerah. Pernah terfikir, bagaimana hebatnya ALLAh menjadikan manusia seluruh dunia dengan pelbagai bahasa, sebutan dan tulisan.


Mungkin bagi kita, hanya cukup dengan bahasa Melayu dan inggeris. Tapi sedarkah kita bahawa banyak lagi bahasa lain di dunia ini yang digunapakai secara meluas dan bertaraf antarabangsa termasuk bahasa arab dan mandarin? Hebat bukan?


Bahasa...


Ada yang masih bertelingkah tentang yang mana lebih penting : ENGLISH atau BAHASA MELAYU.


Saya secara peribadi tidak mengangungkan bahasa melayu dan tidak pula menyanjung bahasa Inggeris. Melalui pengalaman secara praktikalnya kedua-dua bahasa amat penting untuk dikuasai. Berbahasa Melayu memang perlu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris.


Ada segelintir masyarakat yang menolak langsung bahasa Inggeris. Ini menjadikan satu ciri kepincangan pula bagi individu dan masyarakat itu.


Ada pula yang terlalu membanggakan bahasa Melayu, sehingga sukar untuk memecah tembok perhubungan antarabangsa.


Bagi saya, apa juga bahasa yang digunakan mestilah kena pada tempatnya dan sopan serta tatasusila mesti pada asasnya. Tidak guna kita boleh berbahasa tetapi isinya hanyalah perkara yang tidak bermakna.


Kosong dan hanya menambah caci dan cerca kepada masyarakat bangsa, tidak kira apa juga bahasa yang digunakan.


Marilah berbahasa dengan sempurna!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...