Skip to main content

Saya nak ceritakan.

Dua hari lepas, saya bertemu seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Nampak gayanya, beliau suka akan kerjanya sebagai seorang eksekutif. Alhamdulillah, beliau nampak gembira dan lebih matang daripada sebelumnya.

Pertemuan yang tidak lama, tetapi masih sempat saya berbual dengan beliau. Saya tertarik dengan salah satu perkara yang disebutkan.

"Saya dulu fokus sangat pasal perkara remeh-temeh. Sampaikan nak fikirkan hal yang lebih penting pun tak dapat."

"Kenapa pula?"

"Yalah, sekarang saya sedar. Lagi banyak saya bantu dan fikirkan orang lain dari diri sendiri, rupanya Allah akan membalas dengan yang lebih baik untuk diri saya."

"Oh, habis...tak kan awak tak ada luangkan masa untuk diri sendiri?"

"Memanglah, tapi apa yang saya maksudkan, tidaklah terlalu asyik dan fokus masalah diri saya saja. Kalau macam tu sampai bila kita tak akan bahagia pun...Contoh senang saja. Katalah kalau saya ada satu 'client' tak puas hati dan tamatkan kontrak, saya akan cuba baiki. Tapi pada masa yang sama, saya tak perlulah fokus pada 'client'yang dah berhenti tu. Fokuslah pada 100 'client' lain yang saya ada, dan perbaiki agar mereka sambung kontrak."

"Oooh, begitu."

"Dalam perkara peribadi pun sama. Kalau ada masalah, mungkin dengan ahli keluarga, fokus sajalah pada kebaikan mereka yang lebih banyak dari masalah tu. Kadang-kadang kalau tak nampak kebaikannya, rekakan saja!"

 ******************

Perbualan ringkas yang saya susunkan semula ini, memberikan saya sedikit peringatan.

Ada benarnya. Sudah tiba masa saya juga mula memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih utama.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...