Skip to main content

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa...
Boss perempuan? Juga biasa...
Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan...
Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat.
Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila...
Anak dibuang? Ibu jenis apa ini...

Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan?

Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami.

Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu.

Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting.

Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini termasuklah kes pembuangan bayi, pelacuran dan sebagainya.

Terdetik di minda, apakah agaknya yang difikirkan oleh pemimpin yang sepatutnya memimpin wanita? Adakah cukup dengan memberikan ruang dan peluang untuk wanita memegang jawatan tinggi?

Adakah semudah itu untuk kita memartabatkan wanita? Adakah mereka faham dan sedar tentang apa kata Islam tentang wanita?

Perkara yang biasa mereka lihat wanita lakukan, tidak semsetinya baik untuk semua wanita dan semua orang.

Ramai wanita yang perlu diketengahkan, tetapi adakah semunya perlu dilakukan dengan cara yang sama? Adakah semua wanita perlu menjadi pemimpin hanya dengan jawatan rasmi? Apakah kepimpinan wanita dalam institusi keluarga sudah tidak dilihat kepentingannya? Apakah sejarah perjuangan dan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan dengan tatacara dan susila yang berlandasakan Islam tidak lagi relevan?

Jadi, mengapa tidak disokong wanita yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berlandaskan syariat? Mengapa tidak dibantu wanita agar terus mengagungkan syariat?

Saya pasti sebagai wanita, mereka sendiri harus faham apakah identiti dan perjuangan sebenar yang mereka mahukan. Perjuangan bukanlah sekadar dengan jawatan atau sekadar untuk 'gender'.

Saya yakin, masih ramai wanita diluar sana yang akan meneruskan perjuangan dengan sokongan lelaki yang beriman.

Semoga ALLAH menetapkan kita semua dalam iman. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...