Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Tolong Kawan.

Saya tak ada ramai kawan. Tapi ramai kenalan. Saya tak ada ramai teman. Tapi saya ada sahabat. Tolong kawan? Apa yang saya ingin kongsikan ialah tentang sikap kita untuk menolong kawan. Ramai orang suka membantu dan menolong terutama kawan yang dalam kesusahan. Tolong untuk meringankan beban dengan pinjamkan wang, tolong ringankan beban dengan memberi kawan tumpang ke tempat kerja dan macam-macam lagi. Apa jua yang dilakukan dengan niat baik, insya allah akan mendapat ganjaran. Tapi, pernahkah kita terfikir untuk tolong kawan masuk ke syurga? Tolong ingatkan kawan tunaikan solat, beri sedekah, tunaikan zakat, tambahkan amalan sunat dan lain-lain lagi... Ramai yang fikir apabila kita tidak dapat meminjamkan wang bermakna kita tak tolong. Ramai yang melihat 'tolong kawan' merupakan 'tolong bagi pinjam duit' (yang kadang-kadang tak pernah pun di pulangkan atau dibayar semula). Mengapa tidak kita 'tolong kawan' dengan tidak mengumpat atau melayannya mengumpat? Meng

Komunikasi

Emmm...komunikasi, perkataan yang agak sinonim dengan 'bercakap'. Sebenarnya komunikasi lebih dari hanya bercakap. Banyak perkara yang saya pelajari dan banyak lagi yang saya perlu pelajarai tentang komunikasi. Pada kebanyakan masa kita memang suka bercakap dan mahu orang mendengar apa yang kita cakap. Juga, agak sukar kita menahan diri untuk tidak bercakap dan diam. Diam juga tidak bermakna kita tidak berkomunikasi. Saya teringat apabila kerap kali rakan di tempat kerja mengeluh... "Dah banyak kali saya cakap, tapi masih jugak dia tak faham." "Cakap banyak kali pun tak guna." Kadang-kadang, bila saya fikirkan saya pun banyak bercakap. Agak sukar sebenarnya untuk berkomunikasi dengan baik. Tapi, memang senang untuk bercakap. Yang penting, saya cuba senaiknya untuk berkomunikasi dengan baik dan lebih baik dengan semua orang dari pelbagai peringkat. Pada masa yang sama, saya fikir ada baiknya saya lebih banyak mendengar...

Mengapa hati berubah?

Perkara bersangkutan dengan hati dan perasaan memang sangat sukar untuk ditelah. Payah juga untuk mehami isi hati seseorang. Ramai antara kita tanpa sedar, sebenarnya kita juga selalu berubah hati. PADA SATU MASA, sayang, benci dan marah silih berganti. Apa yang saya ingin kongsikan ialah satu situasi dimana perasaan yang timbul dalam hati adalah "cemburu" yang akan bertukar menjadi "dengki" yang boleh membawa khianat. Cemburu ada juga kebaikannya. Tapi, pengalaman saya cemburu ini banyak yang membawa kepada perasaan dengki yang menjadikan seseorang lupa diri dan sanggup mengkhianati kepercayaan, hubungan sesama insan dan kasih sayang. Ini banyak berpunca dari wang dan pangkat. Walhal...bukankah semuanya datang dari ALLAH? Saya sendiri mengakui, agak sukar membendung rasa cemburu ini untuk menjana sesuatu yang positif dan baik. Ia lebih banyak membawa keburukan. Pada kebanyakan masa, saya juga melalui perasaan cemburu. Cemburu melihat orang lain berjaya cemburu meli

Kenapa orang suka blog & fb?

Emmm..."Why do people blog?" "Why people addicted to facebook?" Ramai antara kita yang tak banyak menggunakan IT. Ada yang 'langsung' tak menggunakannya. Tapi, hakikat kehidupan sekarang, ramai yang lebih bijak menggunakan IT. Jadi, teringat saya tentang komen ramai orang mengenai blog dan fb - facebook. (yang biasa digunakan) "Tengok blog ni bagus jugak, dapat share banyak benda dgn kawan-kawan." "Aku, blog ni guna untuk bisnes." "Aku pulak pakai blog ni macam diary je..." "I suka post banyak photo dalam blog. Parents kat oversea, senang nak tengok.' ...dan macam-macam komen lagi. Ada juga rakan yang bekerja di beberapa syarikat besar yang juga memberi komen: "Sekarang tak boleh bukak fb, company block access.." Tetapi yang sebenarnya, kenapa ramai orang suka berada dalam dunia maya? Dunia nyata sudah tak bermakna? Saya terbaca beberapa blog dan juga kandungan-kandungan fb. Banyak juga yang membawa topik perb

Kekuatan Diri

Saya telah menemui ramai rakan dan taulan dengan banyak perbezaan dari segi pengalaman hidup. Kali ini, saya terfikir. Ada banyak juga perbezaan individu ini adalah akibat dari latar belakang mereka yang berbeza. Saya teringat seorang rakan yang kehilangan ibu seawal umur belasan tahun. Yang kemudiannya bekahwin semula. Katanya..."Anak yatim ni, biasanya kuat semangat dan tabah tak sama macam yang lain." Dalam hati, saya akui juga kebenarannya. Saya bertanya semula..."Tak marah ke bila ayah kawin lagi?" "Marah? Buat apa? Saya lagi gembira dan bersyukur. Tak lah saya risau dan susah hati. Nak pikirkan siapa yang nak jaga ayah nanti." Emmm...benar juga. Setelah menjadi seorang ibu tiri hampir 8 tahun, baru lah saya sedar bahawa tidak semua membenci kehadiran ibu tiri. Dalam pengalaman beberapa tahun menguruskan sekumpulan pekerja dan sekumpulan pengurus, saya lebih sedar akan hakikat sebenar kehidupan. Seorang teman yang berkahwin lebih 5 tahun tanpa dikunia

Sejenak memikir

Muhasabah diri merupakan satu aktiviti penting untuk setiap individu. Hari-hari yang berlalu, bertemu pelbagai gaya dan tatacara yang berbeza memberikan peluang yang luas untuk seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikir secara waras. Kepercayaan dan ketaatan yang diberikan kepada saya sebagai seoang insan biasa, memberikan satu motivasi diri yang amat benilai. Acap kali saya terfikir... Saya bukanlah orang yang layak dan mempunyai kudrat secukupnya untuk menjalankan tugas yang saya jalankan ini. Namun, pasti ada hikmah dan sebab tersendiri mengapa saya diletakkan dalam kepelbagaian situasi yang saya rasakan tidak dapat saya kendalikan. Dengan cubaan dan dugaan yang sentiasa menghiasi mimpi di malam hari, saya sering memohon redha dan doa dari insan yang tercinta. Andai kata tiada sesiapa yang boleh menggalas tanggungjawab ini, maka redhalah saya dengan ketentuan ILAHI, untuk terus manjalankan amanah ini. Amanah yang di pikul untuk memberikan ketenangan kepada para pekerja, memberi

Koreksi Diri

Salam. Agak lama juga saya tidak berkesempatan mencoret di ruangan kegemaran saya ini. Yang sebenarnya menjadi teman seperjuangan untuk meluahkan apa yang terbuku di minda jiwa. Kesibukan yang agak memerlukan banyak masa untuk saya menenangkan diri adalah untuk mereka yang terlibat dalam dunia yang amat saya minati. www.geniusauladdamansara.blogspot.com www.geniusactivekidz.blogspot.com www.geniuswangsamaju.blogspot.com Pun begitu saban hari, saya terduduk di kaki senja. Cuba sebaiknya melihat jauh dalam diri apa yang saya sudah lalui setiap hari yang begitu cepat berlalu. Melalui pelbagai emosi serta cuba memahami pelbagai ragam dan perasaan mereka yang berada di dalam lingkungan tanggungjawab yang harus saya selami. Saya telibat seharian dengan sekumpulan ahli pengurusan, tenaga pengajar, pelanggan yang juga ibu bapa kepada anak-anak kecil yang saya kira sebagai satu amanah yang harus diperjuangkan dan diteruskan. Sayang, belas, marah, geram dan pelbagai perasaan yang datang dari sem