Skip to main content

Mengapa hati berubah?

Perkara bersangkutan dengan hati dan perasaan memang sangat sukar untuk ditelah. Payah juga untuk mehami isi hati seseorang.


Ramai antara kita tanpa sedar, sebenarnya kita juga selalu berubah hati. PADA SATU MASA, sayang, benci dan marah silih berganti.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah satu situasi dimana perasaan yang timbul dalam hati adalah "cemburu" yang akan bertukar menjadi "dengki" yang boleh membawa khianat.

Cemburu ada juga kebaikannya. Tapi, pengalaman saya cemburu ini banyak yang membawa kepada perasaan dengki yang menjadikan seseorang lupa diri dan sanggup mengkhianati kepercayaan, hubungan sesama insan dan kasih sayang.

Ini banyak berpunca dari wang dan pangkat. Walhal...bukankah semuanya datang dari ALLAH? Saya sendiri mengakui, agak sukar membendung rasa cemburu ini untuk menjana sesuatu yang positif dan baik. Ia lebih banyak membawa keburukan.

Pada kebanyakan masa, saya juga melalui perasaan cemburu.
Cemburu melihat orang lain berjaya
cemburu melihat orang lain bahagia
cemburu melihat orang lain mendapat perhatian yang lebih.

Seperti yang saya katakan tadi, perasaan ini juga boleh membawa kebaikan. Tapi dari pengalaman saya, perasaan ini jika terlalu dilayan dan sentiasa diingat akan membawa keburukan yang jauh lebih dahsyat...

Saya sering mengingatkan diri, bahawa semua yang kita ada adalah MILIK allah semata-mata. Jadi bersyukur saja dengan yang ada, dan berusahalah untuk menjadi dan mendapat yang terbaik dengan usaha, doa dan tawakkal yang berterusan.

Banyak juga kebimbangan yang datang.
Bimbang kiranya ada orang yang khianat
bimnbang jika ada orang yang ingin merosakkan kita
bimbang jika gagal...

dan berpanjanganlah senarai kebimbangan saya ini.

Apa yang pasti, zikir dan doa merupakan senjata utama untuk mempertahankan diri. Saya berdoaa agar saya sentiasa di bawah rahmat ALLAH.

Saya yakin, apa saja yang sukar akan menjadi mudah, dengan usaha, doa dan tawakkal.

Semoga ALLAH menetapkan hati dan iman kita semua.

Ya allah, permudahkanlah urusan duniaku dengan segala niat yang baik, agar aku boleh mendapatkan kejayaan yang lebih besar di akhirat, duniamu yang kekal abadi! AMIN...

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...