Skip to main content

Sejenak memikir

Muhasabah diri merupakan satu aktiviti penting untuk setiap individu. Hari-hari yang berlalu, bertemu pelbagai gaya dan tatacara yang berbeza memberikan peluang yang luas untuk seseorang itu menjadi lebih matang dan berfikir secara waras.

Kepercayaan dan ketaatan yang diberikan kepada saya sebagai seoang insan biasa, memberikan satu motivasi diri yang amat benilai.

Acap kali saya terfikir...

Saya bukanlah orang yang layak dan mempunyai kudrat secukupnya untuk menjalankan tugas yang saya jalankan ini. Namun, pasti ada hikmah dan sebab tersendiri mengapa saya diletakkan dalam kepelbagaian situasi yang saya rasakan tidak dapat saya kendalikan. Dengan cubaan dan dugaan yang sentiasa menghiasi mimpi di malam hari, saya sering memohon redha dan doa dari insan yang tercinta.

Andai kata tiada sesiapa yang boleh menggalas tanggungjawab ini, maka redhalah saya dengan ketentuan ILAHI, untuk terus manjalankan amanah ini. Amanah yang di pikul untuk memberikan ketenangan kepada para pekerja, memberi keheningan kiriman didikan seikhlasnya dari mereka untuk anak-anak bangsa.

Yang pada masa tertentu, memberikan banyak cabaran lantaran hadirnya anak-anak kecil ini bersama iringan risau dan resah serta doa ibu bapa.

Ada yang antaranya mempunyai harapan yang terlalu tinggi dan saya bimbang ia akan membawa kejatuhan dan kekecewaan.
Ada yang antaranya tidak banyak menaruh harapan yang saya bimbang hasilnya pasti tidak memberansangkan.
Ada yang antaranya hanya berserah sepenuh hati yang saya bimbang tiada keyakinan.
Ada yang antaranya hanya ingin menguji yang saya bimbang kelak akan membawa kejian.
Ada yang antaranya hanya kerana nama lantas saya bimbang ia tidak lagi memberi sebarang makna....

Lantas, apakah alasan sebenar, bagi setiap pasangan yang memegang amanah sebagai ibu dan bapa untuk memberikan PELUANG PENDIDIKAN kepada setiap orang anak yang dilahirkan?

Atau...masihkah ia hanya ingauan ngeri seorang guru dan pembimbing kanak-kanak untuk dihadapkan dengan pelbagai karenah serta keinginan mereka yang dewasa yang bergelar ibu dan bapa?

Yang pasti, kepuasan melihat anak-anak ini berjaya dalam pelbagai aspek perkembangan dalam dimensi masing-masing, mengecap jaya dalam peluang yang masih terbuka, mendapat ruang untuk menyalurkan setiap ruang kekuatan sebagai seorang anak. Kejayaan mereka yang sebersih kain putih ini adalah merupakan ganjaran yang pasti dari ALLAH.

Ganjaran yang pasti untuk sepanjang hayat...AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...