Skip to main content

Koreksi Diri

Salam.

Agak lama juga saya tidak berkesempatan mencoret di ruangan kegemaran saya ini. Yang sebenarnya menjadi teman seperjuangan untuk meluahkan apa yang terbuku di minda jiwa.

Kesibukan yang agak memerlukan banyak masa untuk saya menenangkan diri adalah untuk mereka yang terlibat dalam dunia yang amat saya minati.

www.geniusauladdamansara.blogspot.com
www.geniusactivekidz.blogspot.com
www.geniuswangsamaju.blogspot.com

Pun begitu saban hari, saya terduduk di kaki senja. Cuba sebaiknya melihat jauh dalam diri apa yang saya sudah lalui setiap hari yang begitu cepat berlalu.

Melalui pelbagai emosi serta cuba memahami pelbagai ragam dan perasaan mereka yang berada di dalam lingkungan tanggungjawab yang harus saya selami.

Saya telibat seharian dengan sekumpulan ahli pengurusan, tenaga pengajar, pelanggan yang juga ibu bapa kepada anak-anak kecil yang saya kira sebagai satu amanah yang harus diperjuangkan dan diteruskan.

Sayang, belas, marah, geram dan pelbagai perasaan yang datang dari semua pihak serta dalam kumpulan ini sering menjadi satu motivasi dan penyuntik semangat untuk saya meneruskan hari esok.

Tanggungjawab sebagai majikan, pengurus dan mentor, menjadi satu faktor motivasi yang perlu acapkali saya peringatkan dan bisikkan ke dalam minda dan jiwa.

Bersama dengan itu juga tergalas di bahu, tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, adik dan kakak.

Dan tanpa sedar, air mata menitis tatkala menerima lambaian tangan anakku pada hari pertama menjejaki darjah 1.

Ya ALLAH....sungguh besar kuasamu. Dengan kurniamu jualah, hambamu ini masih terus disini.

Ya ALLAH, pemudahkanlah segala urusan setiap individu dan kelompok yang bekerja keras untuk meneruskan hidup di duniamu agar kami semua manjadi lebih baik untuk urusan di akhirat kelak.

AMIN!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...