Skip to main content

Kekuatan Diri

Saya telah menemui ramai rakan dan taulan dengan banyak perbezaan dari segi pengalaman hidup.

Kali ini, saya terfikir. Ada banyak juga perbezaan individu ini adalah akibat dari latar belakang mereka yang berbeza. Saya teringat seorang rakan yang kehilangan ibu seawal umur belasan tahun. Yang kemudiannya bekahwin semula.

Katanya..."Anak yatim ni, biasanya kuat semangat dan tabah tak sama macam yang lain."

Dalam hati, saya akui juga kebenarannya.

Saya bertanya semula..."Tak marah ke bila ayah kawin lagi?"

"Marah? Buat apa? Saya lagi gembira dan bersyukur. Tak lah saya risau dan susah hati. Nak pikirkan siapa yang nak jaga ayah nanti."

Emmm...benar juga.

Setelah menjadi seorang ibu tiri hampir 8 tahun, baru lah saya sedar bahawa tidak semua membenci kehadiran ibu tiri.

Dalam pengalaman beberapa tahun menguruskan sekumpulan pekerja dan sekumpulan pengurus, saya lebih sedar akan hakikat sebenar kehidupan.

Seorang teman yang berkahwin lebih 5 tahun tanpa dikuniakan cahaya mata pernah berkata...
"Saya anggap apa yang saya ada hari ini, termasuk suami saya adalah pinjaman dari ALLAH. Jadi bila sampai masanya ALLAh nak ambil semula, itu hak DIA."

Masya allah...besar maknanya kata-kata itu pada saya. Maklumlah, ramai yang bertanya pada teman ini tadi. Apa akan jadi kalau suaminya berkahwin lain hanya untuk mendapatkan zuriat.

Saya yang kerdil ini, merasa begitu tesentuh dan malu sendiri. Betapa teman saya ini menjiwai hakikat sebenar kekuatan dalam dirinya.

Betul! Semua apa yang kita ada hari ini adalah hak mutlak ALLAH...

DIAlah yang lebih berhak ke atasnya. Jadi, sementara kita diberikan tanggungjawab dan menerima pinjaman ini.

Ya, ALLAh berkatilah kami, tetapkanlah iman kami. Matikanlah kami dalam iman. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...