Skip to main content

Kenapa orang suka blog & fb?

Emmm..."Why do people blog?" "Why people addicted to facebook?"

Ramai antara kita yang tak banyak menggunakan IT. Ada yang 'langsung' tak menggunakannya. Tapi, hakikat kehidupan sekarang, ramai yang lebih bijak menggunakan IT.

Jadi, teringat saya tentang komen ramai orang mengenai blog dan fb - facebook. (yang biasa digunakan)

"Tengok blog ni bagus jugak, dapat share banyak benda dgn kawan-kawan."
"Aku, blog ni guna untuk bisnes."
"Aku pulak pakai blog ni macam diary je..."
"I suka post banyak photo dalam blog. Parents kat oversea, senang nak tengok.'

...dan macam-macam komen lagi.

Ada juga rakan yang bekerja di beberapa syarikat besar yang juga memberi komen: "Sekarang tak boleh bukak fb, company block access.."

Tetapi yang sebenarnya, kenapa ramai orang suka berada dalam dunia maya? Dunia nyata sudah tak bermakna?

Saya terbaca beberapa blog dan juga kandungan-kandungan fb. Banyak juga yang membawa topik perbincangan dan amat meransang dan menguja tahap pemikiran sebagi seorang dewasa.

Tapi, banyak juga yang saya lihat hanya sebagai tempat untuk meluah perasaan dan seolah memerlukan sokongan dari orang lain. Pun begitu, saya tidak menidakkan kebaikannya.

Tetapi...Kenapa ramai yang sengaja tidak mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah kecil dan remeh? Kanapa perlu dihebahkan dalam blog atau fb?

Mungkin dapat diterima sekiranya, tiada jalan lain untuk berkomunikasi, atau sukar untuk berkomunikasi.

Malah secara logiknya, adakah mereka yang sewajarnya membaca luahan hati dan komentar mereka itu membaca apa yang mereka tulis?

Jika niat ikhlas untuk menyelesaikan masalah dan keraguan, bukankah lebih baik jika pihak yang berkenaan bersemuka? Jika tidak kesampaian dan tidak dapat diselesaikan secara baik, mungkin berkongsi dengan orang lain hanya dapat memberikan sedikit ketenangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tetapi, tidaklah molek kiranya kita melakukan semua itu dengan tujuan menjatuhkan atau ingin memberi nama buruk pada pihak yang terbabit.

Atau dengan labih jelas untuk MEMBALAS DENDAM. Adakalanya, di pihak kita sendiri mungkin ada kesilapan yang perlu diperbaiki.

Jadi, dalam ruang kecil ini, saya sangat ingin berkongsi dan menyeru kepada semua...gunakanlah kebijaksanaan dan apa jua kelebihan yang ada di dunia ini sebaiknya.

KERANA SESUNGGUHNYA INI SEMUA ADALAH MILIK ALLAH.
Dia berhak untuk mengambilnya semula pada bila-bila masa...

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...