Skip to main content

Tolong Kawan.

Saya tak ada ramai kawan. Tapi ramai kenalan.

Saya tak ada ramai teman. Tapi saya ada sahabat.

Tolong kawan? Apa yang saya ingin kongsikan ialah tentang sikap kita untuk menolong kawan. Ramai orang suka membantu dan menolong terutama kawan yang dalam kesusahan.

Tolong untuk meringankan beban dengan pinjamkan wang, tolong ringankan beban dengan memberi kawan tumpang ke tempat kerja dan macam-macam lagi.

Apa jua yang dilakukan dengan niat baik, insya allah akan mendapat ganjaran.

Tapi, pernahkah kita terfikir untuk tolong kawan masuk ke syurga?

Tolong ingatkan kawan tunaikan solat, beri sedekah, tunaikan zakat, tambahkan amalan sunat dan lain-lain lagi...

Ramai yang fikir apabila kita tidak dapat meminjamkan wang bermakna kita tak tolong. Ramai yang melihat 'tolong kawan' merupakan 'tolong bagi pinjam duit' (yang kadang-kadang tak pernah pun di pulangkan atau dibayar semula).

Mengapa tidak kita 'tolong kawan' dengan tidak mengumpat atau melayannya mengumpat?
Mengapa tidak kita tolong kawan kita supaya menutup aurat?
Mengapa tidak kita tolong kawan kita dengan mengajaknya solat?
mengapa tidak kita tolong kawan kita dengan nasihat supaya bekerja dengan jujur, datang awal, tidak curi tulang?

Emmm...memang hakikat kini, kalau 'tolong' sering membawa makna wang.

Oleh itu, dengan ini saya juga ingin meminta 'tolong' kepada semua agar menolong saya untuk menyebarkan fikrah ini. Agar dapat sama-sama kita 'tolong' lebih ramai orang bukan sahaja untuk kejayaan dunia, malah untuk keberkatan akhirat.

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan duniaku dengan niat yang baik, agar urusanku di akhirat kelak lebih mudah dan sempurna. AMIN!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...