Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Sebuah cerita: Untuk anda baca.

Pernah datang seorang rakan mengadu pada saya. Katanya: "Kalau macam nilah, aku rasa aku nak berhenti kerja lah. Tahun lepas, tak lah seteruk ini bekerja. Tahun ni, rasa macam tak tertanggung, banyak sangat beban kerja." Saya memerhatikan mukanya yang agak serius. Nampaknya macam ada masalah besar. "Kau sebenarnya diberi jawatan apa?" "Aku, despatch." "Habis apa yang terbeban?" "Yalah, dulu aku kena hantar barang, tahun ni dah macam-macam kerja aku kena buat. Kerja kerani pun aku rasa aku yang buat." "Emmm...gaji kau macam mana?" "Ok..lah, dah naik 1300." "Eh, banyak tu! Padanlah dengan kerja yang dia bagi. Kau suka tak gaji tu?" "Memang aku suka, aku pun memang nak minta naik gaji, tapi tak sangka pulak...kerja aku bertambah pulak!" "Ish...kau ni. Mana ada boss naikkan gaji pekerja kalau tak ada perubahan. Dia bagi tu, mesti pasal dia tau kau boleh buat kerja tu. Agaknya, d

Jika perlu menangis, biarlah air mata itu mengalir.

Dalam menjalani hidup seharian, pasti kita melalui pelbagai masalah dan dugaan. Dugaan yang adakalanya dirasakan seperti sudah tidak tertanggung. Pada masa itu, sekiranya boleh, mahu saja kita melepaskan diri dan lari dari apa yang sedang kita pegang. Namun, apabila sudah menjadi satu tanggungjawab dan tugas, pasti tidak semudah itu untuk kita meyerah kalah kan? Saya juga mengalami pelbagai masalah dan dugaan dalam menjalani hidup seharian. Tidak akan ada satu kehidupan yang sempurna seperti mana yang kita rencanakan. Semuanya pasti akan ada dugaan dan cabaran yang menjadikan kita seorang khalifah di bumi ALLAh ini. Saya sebagai isteri, anak, ibu dan majikan serta pekerja dalam masa yang sama menghadapi pelbagai cabaran seperti mana orang lain. Ramai yang menasihatkan saya.."when you are at the top, you are alone". Tapi, hakikatnya, ALLAH itu sentiasa ada bersama hambanya yang selalu mengingatinya. Pada kebanyakan masa, menangis boleh manjadi teman yang paling bai

Saya tahu saya salah, saya minta maaf. Tapi....

"Saya tahu saya salah, saya minta maaf. Tapi jangan hina Islam hanya kerana kesilapan saya ." Saya agak terkesima dan terdiam apabila saya dimarahi tempoh hari. Meskipun itu bukanlah kesalahan saya secara langsung, sebagai ketua, saya mengambil tanggungjawab untuk dipertanggungjawabkan dan bersedia untuk bertanggungjawab. Wah, berat tu! Saya sendiri mengaku, saya bukanlah manusia yang sempurna dan pasti melakukan kesalahan. Tetapi, tidak pernah terlintas sama sekali untuk menganiaya atau menipu sesiapa. Jika itu berlaku atas 'kebodohan' saya, maka saya perlulah diajar dan dididik dengan lebih baik. (saya sentiasa dalam proses belajar) Siapa bersalah, bukan menjadi penyelesaian kepada mana-mana masalah. Yang bersalah dihukum sudah pasti, tetapi hukuman kita sebagai manusia tidak akan kemana jua. Hukuman ALLAh sudah pasti jadi. Untuk menentukan siapa bersalah, perlu juga berlaku adil. Tidak wajar terus menuduh dan menuding jari tanpa usul periksa. Kesabaran dan

Membina hidup yang lebih bererti dengan memberi...

Agak lama saya tidak meninggalkan sebarang catatan di sini. Saya kira, saya seolah 'sibuk sendiri'. Entah apa yang dikejarkan, entah siapa yang saya ingin puaskan, entah fikiran mana yang saya gunakan...saya agaknya tidak sedar. Saya tersedar apabila saya cuba mendekati mereka yang saya duga 'kawan' rupanya tidak menerima dan melihat saya sebagai kawan, sebaliknya melihat saya sebagai hanya seorang pelatih yang perlu menghormati gurunya...sentiasa! Nampaknya, kata-kata 'kita seperti sebuah keluarga', 'kita adalah sepasukan' adalah menjadi satu retorik apabila kita berada dalam keadaan yang penuh mencabar. Pada kebanyakan masa, kita 'panik' dan takut pada sesuatu yang dahulunya kita anggap sebagai biasa, asam garam dan lumrah hidup sahaja. Senario hari ini agak berbeza...rasanya jauh sekali perbezaannya. Itulah...mungkin saya selama ini hanya 'sibuk sendiri'. Lalu sepetang tadi, saya paksakan diri saya hinggap disebuah kedai bu