Skip to main content

Membina hidup yang lebih bererti dengan memberi...

Agak lama saya tidak meninggalkan sebarang catatan di sini.

Saya kira, saya seolah 'sibuk sendiri'. Entah apa yang dikejarkan, entah siapa yang saya ingin puaskan, entah fikiran mana yang saya gunakan...saya agaknya tidak sedar.

Saya tersedar apabila saya cuba mendekati mereka yang saya duga 'kawan' rupanya tidak menerima dan melihat saya sebagai kawan, sebaliknya melihat saya sebagai hanya seorang pelatih yang perlu menghormati gurunya...sentiasa!

Nampaknya, kata-kata 'kita seperti sebuah keluarga', 'kita adalah sepasukan' adalah menjadi satu retorik apabila kita berada dalam keadaan yang penuh mencabar. Pada kebanyakan masa, kita 'panik' dan takut pada sesuatu yang dahulunya kita anggap sebagai biasa, asam garam dan lumrah hidup sahaja.

Senario hari ini agak berbeza...rasanya jauh sekali perbezaannya.

Itulah...mungkin saya selama ini hanya 'sibuk sendiri'.

Lalu sepetang tadi, saya paksakan diri saya hinggap disebuah kedai buku yang lama saya tidak kunjungi. Mata terpaku pada beberapa buku, tapi satu buku menjadi pilihan saya. (meskipun saya membeli 3 buku)

MURABBI CINTA - apakah rahsianya?

Mambaca bahagian pengenalan saja, sudah mula menyejukkan mata hati saya dan menundukkan sedikit rasa amarah dan kecewa yang datang sejak tadi.

Benarlah...segalanya bermula dengan niat. Dan saya tahu, sebagai seorang manusia dan lemah, saya perlu mengingatkan diri saya...selalu, sentiasa dan berulang kali.

Pengajarannya, saya perlu tahu dan sentiasa mempunyai kendiri. Insyaallah, satu hari nanti, bila kita sudah tiada, barulah kita akan diingati. Bukan itu niatnya, tetapi saya hanya akan meninggalkan apa yang baik untuk diingati dan diteladani  meskipun saya tidak sehebat mana....

...saya akan membina hidup untuk lebih bererti dengan apa yang saya beri.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...