Skip to main content

Sebuah cerita: Untuk anda baca.

Pernah datang seorang rakan mengadu pada saya.


Katanya:
"Kalau macam nilah, aku rasa aku nak berhenti kerja lah. Tahun lepas, tak lah seteruk ini bekerja. Tahun ni, rasa macam tak tertanggung, banyak sangat beban kerja."


Saya memerhatikan mukanya yang agak serius. Nampaknya macam ada masalah besar.


"Kau sebenarnya diberi jawatan apa?"
"Aku, despatch."
"Habis apa yang terbeban?"
"Yalah, dulu aku kena hantar barang, tahun ni dah macam-macam kerja aku kena buat. Kerja kerani pun aku rasa aku yang buat."
"Emmm...gaji kau macam mana?"
"Ok..lah, dah naik 1300."
"Eh, banyak tu! Padanlah dengan kerja yang dia bagi. Kau suka tak gaji tu?"
"Memang aku suka, aku pun memang nak minta naik gaji, tapi tak sangka pulak...kerja aku bertambah pulak!"
"Ish...kau ni. Mana ada boss naikkan gaji pekerja kalau tak ada perubahan. Dia bagi tu, mesti pasal dia tau kau boleh buat kerja tu. Agaknya, dia tengok kau ada potensi tak? Kau tak rasa macam tu ke?"
"Entahlah..."


Dia mengeluh. Saya pandang betul-betul muka dia. Nampak memang dia betul-betul resah.


"Kau fikirlah betul-betul. Apa yang kau rasa ni akan berpanjangan ke, atau sementara saja. Kalau hanya kerana perkara sementara ni kau nak berhenti...kau dah melepaskan peluang besar yang kau ada. Aku rasa, berderet orang yang nak ambik alih tempat kau tau!"


Dia diam.


"Macam nilah, kalau kau tanya aku, aku akan cakap teruskan dulu. Baru satu bulan kan kau buat kerja baru ni kan? Bagilah masa pada diri sendiri. Ha, sambil tu, belajarlah apa yang patut."


****************************


Banyak lagi yang kami bualkan sebenarnya. Cuma intipati yang saya ingin kemukan di sini, bersabarlah. Lihat cabaran sebagai peluang untuk membaiki diri.


Kalau` anda sebut pada majikan yang anda mahu berhenti, jangan menyesal!


Kerana ada sesetengah majikan tidak keberatan untuk melepaskan pekerjanya. Mungkin lebih ramai yang di luar sana sedang menanti untuk mengambil tempat anda. Anda pula, paling tidak akan mengambil masa 15-30 hari untuk mendapat pekerjaan baru, yang anda tak tahu apa cabarannya pula.


Dari hanya melarikan diri dari satu masalah ke masalah lain, berdepanlah dengan masalah yang sedia ada. Hadapinya dengan penuh keimanan.


Insyaallah, rezeki akan datang dari pelbagai cara.
pernah disebutkan pada saya: DUIT ADALAH REZEKI, TAPI REZEKI TAK SEMESTINYA DUIT.

Jadi, peluang dan cabaran baru, mungkin menjadi pintu rezeki yang lebih besar untuk masa hadapan. Siapa tahukan?

Comments

  1. Salam Meen. tak sangka berjumpa kita di alam maya. nice blog to read :). from Hamisah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membina hidup yang lebih bererti dengan memberi...

Agak lama saya tidak meninggalkan sebarang catatan di sini. Saya kira, saya seolah 'sibuk sendiri'. Entah apa yang dikejarkan, entah siapa yang saya ingin puaskan, entah fikiran mana yang saya gunakan...saya agaknya tidak sedar. Saya tersedar apabila saya cuba mendekati mereka yang saya duga 'kawan' rupanya tidak menerima dan melihat saya sebagai kawan, sebaliknya melihat saya sebagai hanya seorang pelatih yang perlu menghormati gurunya...sentiasa! Nampaknya, kata-kata 'kita seperti sebuah keluarga', 'kita adalah sepasukan' adalah menjadi satu retorik apabila kita berada dalam keadaan yang penuh mencabar. Pada kebanyakan masa, kita 'panik' dan takut pada sesuatu yang dahulunya kita anggap sebagai biasa, asam garam dan lumrah hidup sahaja. Senario hari ini agak berbeza...rasanya jauh sekali perbezaannya. Itulah...mungkin saya selama ini hanya 'sibuk sendiri'. Lalu sepetang tadi, saya paksakan diri saya hinggap disebuah kedai bu

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak berbeza ker

Tips Berniaga: Cabaran utama .

Salam. Ramai sebenarnya penulis dan individu yang menulis dan bercerita tentang teori, pengalaman dan pendapat tentang tips berniaga. Ini banyak dicoretkan di laman web perniagaan dan juga blog peribadi serta media yang lain termasuk 'facebook'. Ada yang menganalisanya secara teori, praktikal dan juga penilaian dari beberapa bahan bacaan ternama. Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran sebenar dan faktor yang sering menjadi punca kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Kemajuan dan kejayaan perniagaan dapat dilihat berbeza: 1. Perniagaan yang berjaya dan berkembang. 2. Perniagaan yang yang berjaya tetapi tidak berkembang. Mari kita kembali semula kepada faktor yang saya nyatakan tadi, iaitu keluarga. Keluarga memberikan beberapa perkara yang berikut dalam hidup seorang usahawan berjaya: 1. Sokongan moral & spiritual 3. Pewaris (mereka yang boleh mengambil alih perniagaan atas sebab-sebab tertentu seperti kematian) SOKONGAN MORAL & SPIRITUAL