Skip to main content

Jika perlu menangis, biarlah air mata itu mengalir.

Dalam menjalani hidup seharian, pasti kita melalui pelbagai masalah dan dugaan.

Dugaan yang adakalanya dirasakan seperti sudah tidak tertanggung. Pada masa itu, sekiranya boleh, mahu saja kita melepaskan diri dan lari dari apa yang sedang kita pegang.

Namun, apabila sudah menjadi satu tanggungjawab dan tugas, pasti tidak semudah itu untuk kita meyerah kalah kan?

Saya juga mengalami pelbagai masalah dan dugaan dalam menjalani hidup seharian. Tidak akan ada satu kehidupan yang sempurna seperti mana yang kita rencanakan.

Semuanya pasti akan ada dugaan dan cabaran yang menjadikan kita seorang khalifah di bumi ALLAh ini.

Saya sebagai isteri, anak, ibu dan majikan serta pekerja dalam masa yang sama menghadapi pelbagai cabaran seperti mana orang lain. Ramai yang menasihatkan saya.."when you are at the top, you are alone". Tapi, hakikatnya, ALLAH itu sentiasa ada bersama hambanya yang selalu mengingatinya.

Pada kebanyakan masa, menangis boleh manjadi teman yang paling baik.

Menangis boleh memberikan kelegaan, memberikan ketenangan dan mampu menjadikan titik untuk kita merenung dan bangkit dengan sebuah semangat yang baru.

Ada yang menyebut, menangis adalah untuk mereka yang lemah.

Bukankah memang kita manusia hanyalah hamba dan insa yang lemah? Jadi mengapa takut untuk menangis? Mengapa ditahan tangisan seorang hamba itu?

Menangislah meskipun hanya dihadapan seorang anak berusia 10 bulan atau 10 tahun. Jika tangisan yang didengari akan lebih memberi erti, maka menangislah bersama seseorang yang boleh memahami.

Jika tangisan itu akan memberikan ketenangan dan membawa minda ke arah satu pengharapan yang lebih baik, maka menangislah!

Menangis bukan bermakna kita lemah, menangis bukan bermakna kita mahu berdusta. Menangis bukan untuk meminta percaya atau mengharap simpati.

Saya sendiri tidak mudah untuk mempercayai orang 100%. Namun, saya yakin bahawa saya perlu untuk "trust to be trusted".

Jadi, lihatlah kepada kekuatan, berhenti daripada fokus melihat kelemahan.

Pasti akan ditemukan kita dengan orang yang boleh dipercayai. Bukankah ALLAH akan menunjukkan jalan penyelesaian dengan pelbagai cara? Mungkin ianya datang dari orang yang dipertemukan pada kita pada waktu itu.

Menagislah dengan penuh keinsafan, menangislah dengan penuh harapan. Menangislah dalam dakapan insan bernama anak. Menangislah dalam pelukan insan bernama ibu. Menangislah dalam hangat kasih seorang suami.

Semoga air mata seorang hamba akan sentiasa mulia disisinya. Maka, jika perlu anda menangis...biarlah air mata itu mengalir.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...