Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Doakan saya ya!

Menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga seolah-olah menjadi tradisi bagi semua keluarga. Tentulah bukan? Sesudah menghabiskan 5 hari bekerja yang panjang, pasti setiap Dari kita mahu memberikan Dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Pada hujung minggu juga, ibu bapa akan biasanya meluangkan masa untuk membawa anak-anak beriadah atau keluar bercuti. Pun begitu, ramai juga yang lebih suka menghabiskan masa keluar bersama-sama ahli keluarga yang lain dan kunjung-mengunjung. Tiba-tiba saya juga terfikir. Adakan masa yan berkualiti itu hanya diperolehi pada hnjung minggu? Adakan mustahil untuk kita ibu bapa untuk memberikan 'masa berkualiti' itu pada hari lain, meskipun hari bekerja? Berapa ramai antara kita sebagai ibu bapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu mengalami sendiri pengalaman jadual rutin anak sehari pada hari persekolahan? Berapa ramai antara kita yan sanggup mengambil cuti sekali-sekala pada hari jumaat untuk melihat sendiri

Ucapan selamat yang biasa- biasa saja!

Apa khabar kawan-kawan semua? Alhamdulillah. Semoga apa jua yang direncanakan dalam tahun 2012 ini Akan membawa kita semua ke arah hidup yang lebih baik. Selepas TULISAN saya yang terakhir sebulan yang lalu, saya banyak menghabiskan masa meneliti, menelaah dan menulis di blog "Today's Preschool Note" www.geniuspreschoolnote.blogspot.com yang pada ketika ini menjadi tumpuan pengisian bagi saya secara peribadi. Rata-rata ramai rakan dan taulan mahu saya banyak berkongsi di sana. :D Ya, tugas Dan tanggungjawab kekeluargaan sentiasa dekat dihati seorang wanita, terutama apabila mereka bergelar ibu. Risau dan bimbang sudah menjadi lumrah. Pun begitu, senjata yang paling kuat ada ditangan kita. Itulah DOA. USAHA sekuat mana sekalipun, doa adalah menjadi keutamaan. Insyaallah, semoga keikhlasan yang hanya diketahui oleh Allah, dapat dizahirkan dengan tatacara yang baik dan sempurna. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi yang lebih baik buat semua. Pelajaran dan pengaj