Skip to main content

Doakan saya ya!

Menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga seolah-olah menjadi tradisi bagi semua keluarga. Tentulah bukan? Sesudah menghabiskan 5 hari bekerja yang panjang, pasti setiap Dari kita mahu memberikan Dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Pada hujung minggu juga, ibu bapa akan biasanya meluangkan masa untuk membawa anak-anak beriadah atau keluar bercuti. Pun begitu, ramai juga yang lebih suka menghabiskan masa keluar bersama-sama ahli keluarga yang lain dan kunjung-mengunjung.

Tiba-tiba saya juga terfikir. Adakan masa yan berkualiti itu hanya diperolehi pada hnjung minggu? Adakan mustahil untuk kita ibu bapa untuk memberikan 'masa berkualiti' itu pada hari lain, meskipun hari bekerja?

Berapa ramai antara kita sebagai ibu bapa yang sanggup mengambil cuti semata-mata mahu mengalami sendiri pengalaman jadual rutin anak sehari pada hari persekolahan? Berapa ramai antara kita yan sanggup mengambil cuti sekali-sekala pada hari jumaat untuk melihat sendiri pengalaman anak lelaki yang baru mula mahu belajar ke masjid untuk solat jumaat?

Atau, berapa ramaikah antara kita yang mengambil cuti untuk hadir ke hari penyampaian hadiah anak disekolah yang kebetulan pula diadakan pada hari bekerja?

Saya sebenarnya sedang menanyakan soalan yang sama kepada diri saya.

Saya pernah diberihatu oleh seorang pengetua tadika yang beliau terpaksa mengadakan hari bersama ibu bapa untuk membentangkan tentang pencapaian anak-anak mereka pada waktu malam, 8.00-10.00 malam.

Waktu itu, saya tidak dapat memahami situasi sebenar. Namun, setelah saya sendiri bergelar ibu, saya mula menelusuri semula kisah yang pernah diberihatu kepada saya sebelum ini.

Saya faham, agak sukar bagi ramai ibu bapa untuk menysun atur hari pekerjaan dan jadual aktiviti anak-anak. Saya juga melalui waktu sukar.

Namun, jauh di sudut hati ini, saya pasti bukan saya seorang malah ramai lagi para ibu bapa yang melalui dilema dan akhirnya akur dengan keadaan.

Saya mahu menyusun tekad dan melangkah atur, agar esok, saya masih terus dapat meluangkan masa berkualiti untuk keluarga meskipun sebentar. Paling tidak, solat berjemaah satu waktu bersama ahli keluarga.

Doakan saya ya, kawan-kawan. Semoga kita sama-sama menjadi ibu yang SOLEHAH. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...