Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Jika BLOG saya, seperti rumah saya...

Jika 'blog' saya seperti rumah saya... ...akan saya penuhi dengan kegembiraan akan saya hiasi dengan keindahan akan saya warnai dengan keceriaan akan saya berikan sentuhan yang unik ... mahu meninggalkan pengalaman yang menarik kepada sesiapa yang datang. Tetapi, saya tidak akan menunjukkan semua benda yang ada di dalam rumah saya kepada semua orang! Saya tidak pasti sejauh mana ketelusan pemilik blog apabila mereka menyatakan pendapat mereka. Saya juga pernah tidak berpuas hati dengan beberapa perkara. Tetapi, saya kira jika komen itu untuk berkongsi pengalaman, maka saya tidak harus menjatuhkan 'maruah' sesiapa pun. Apatah lagi untuk menyebabkan komen saya menyebabkan mereka yang tidak berdosa teraniaya. (apalagi jika ia untuk menyebarkan fitnah!) Saya sokong ramai penulis blog yang jujur dan ikhlas dalam memberikan komen dan 'review' mereka dalam banyak perkara. Malah, saya berbangga dengan ramai empunya blog yang menjadikan perkongsian pengalama

Apabila kejayaan itu bukan yang anda mahu.

Ramai antara kita pasti mahu 'berjaya'. Berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam kehidupan berkeluarga dan berjaya dalam hidup. Tetapi, apakah definasi 'berjaya'? Adakah dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama itu 'berjaya' bagi saudara? Adakah dengan mempunyai gaji 5 angka sebulan itu kejayaan saudara? Adakah dengan mempunyai suami dan anak itu kejayaan bagi saudara? Atau, bagaimanakah 'kejayaan' yang sebenar bagi saudara? Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup. (mungkin hanya pada pandangan saya sahaja). Beliau sudah mempunyai rumah sendiri, kereta yang agak berjenama hanya selepas 5 tahun bekerja. Sekarang beliau mempunyai perniagaan sendiri. Mempunyai sepasang anak yang comel dan suami mempunyai pekerjaan yang berjawatan agak tinggi dalam salah sebuah organisasi kerajaan. Bukan saya sahaja, malah ramai rakan yang lain melihat beliau sebagai seorang yang bertuah dan ber