Skip to main content

Apabila kejayaan itu bukan yang anda mahu.

Ramai antara kita pasti mahu 'berjaya'.

Berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam kehidupan berkeluarga dan berjaya dalam hidup.

Tetapi, apakah definasi 'berjaya'?
Adakah dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama itu 'berjaya' bagi saudara?
Adakah dengan mempunyai gaji 5 angka sebulan itu kejayaan saudara?
Adakah dengan mempunyai suami dan anak itu kejayaan bagi saudara?

Atau, bagaimanakah 'kejayaan' yang sebenar bagi saudara?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup. (mungkin hanya pada pandangan saya sahaja). Beliau sudah mempunyai rumah sendiri, kereta yang agak berjenama hanya selepas 5 tahun bekerja. Sekarang beliau mempunyai perniagaan sendiri.

Mempunyai sepasang anak yang comel dan suami mempunyai pekerjaan yang berjawatan agak tinggi dalam salah sebuah organisasi kerajaan.

Bukan saya sahaja, malah ramai rakan yang lain melihat beliau sebagai seorang yang bertuah dan berjaya dalam hidup.

Tetapi, apabila saya bertemu beliau baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa perasaannya masih gelisah dan beliau tidak merasakan bahawa apa dimilikinya kini adalah kejayaannya dalam hidup.

Saya menjadi agak hairan. Barulah saya faham, bahawa beliau mengalami keadaan yang agak sukar dalam melayari hidup berumah tangga. Katanya, keluarga mertua memerlukan lebih perhatian, walhal suami pula ingin mempunya anak yang ramai.

Seorang lagi rakan lama yang saya temui, sudah bekerja hampir 10 tahun. Baru kini memiliki kereta sendiri. Rumah agak mahal katanya. Walhal, jika dilihat suami beliau bergaji 5 angka sebulan. Pada masa yang sama baru sahaja 4 tahun mendirikan rumah tangga, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

Saya kira, beliau sudah berjaya. Apabila saya amati, beliau amat bertuah mempunyai suami yang penyayang. Meskipun, belum memiliki rumah, saya difahamkan pelaburan mereka suami isteri amat tinggi nilainya.

Bagi saya beliau berjaya menjalani hidup dengan cabaran hari ini (tanpa anak) bersama suami yang baik.
(Saya pula banyak melihat kes wamita dilayan secara tidak baik oleh suami)

***************

Jadi, saya sendiri masih merenung dalam diri. Apakah sebenarnya kejayaan yang kita mahu dalam hidup? Kebahagiaan penuh dengan kasih sayang semata-mata tanpa wang, tidak jamin bahagia. Kesenangan wang ringgit tanpa kebahagian emosi seolah sia-sia.

Hidup ini nampaknya menjadi sukar. Sukar untuk berjaya, apabila 'kejayaan' itu bukan seperti yang kita mahu...

Marilah berusaha ke arah kejayaan yang dilingkari dengan keberkatan. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...