Skip to main content

Jika BLOG saya, seperti rumah saya...

Jika 'blog' saya seperti rumah saya...

...akan saya penuhi dengan kegembiraan
akan saya hiasi dengan keindahan
akan saya warnai dengan keceriaan
akan saya berikan sentuhan yang unik
... mahu meninggalkan pengalaman yang menarik kepada sesiapa yang datang.

Tetapi, saya tidak akan menunjukkan semua benda yang ada di dalam rumah saya kepada semua orang!
Saya tidak pasti sejauh mana ketelusan pemilik blog apabila mereka menyatakan pendapat mereka.

Saya juga pernah tidak berpuas hati dengan beberapa perkara. Tetapi, saya kira jika komen itu untuk berkongsi pengalaman, maka saya tidak harus menjatuhkan 'maruah' sesiapa pun. Apatah lagi untuk menyebabkan komen saya menyebabkan mereka yang tidak berdosa teraniaya. (apalagi jika ia untuk menyebarkan fitnah!)

Saya sokong ramai penulis blog yang jujur dan ikhlas dalam memberikan komen dan 'review' mereka dalam banyak perkara. Malah, saya berbangga dengan ramai empunya blog yang menjadikan perkongsian pengalaman hidup mereka menjadi sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup orang lain! Penuh dengan nasihat dan cerita kisah hidup yang memberi tauladan.

Namun, saya kira tidak wajar untuk kita memburukkan sesuatu tanpa memberikan maklumat yang tepat dan cadangan yang baik. Cadangan yang sepatutnya diberikan terus kepada pihak berkenaan. Apatah lagi jika ia hanya melibatkan individu kecil, persendirian yang hanya bekerja cukup makan.
Janganlah hanya kerana kita kecewa, kita fikir orang lain akan kecewa juga.

Saya sendiri pernah kecewa dengan layanan yang diberikan di sebuah resoran yang berjenama. Saya masih ingat hingga kini dan tidak lagi mahu ke restoran itu. Tetapi, pada masa yang sama saya tahu, makanan mereka adalah antara yang sedap. Saya kira, itu adalah salah silap pekerja yang berkenaan (sebagai manusia), bukanlah salah jenama restoran itu. Saya yakin, kerana saya lihat hingga ke hari ini, restoran itu masih ramai pelanggan.

Saya fikir, jika hanya kerana itu saya menulisan kemarahan di dalam 'dinding rumah saya', ia akan hanya menunjukkan betapa angkuh dan bodohnya saya...

Entahlah...hari ini kita menyaksikan banyak 'blog' wujud sebagai sebuah rumah yang penuh dengan 'keangkuhan', 'tempat melepaskan kemarahan' dan penuh dengan 'kenyataan yang amat mengelirukan'.

Anda fikir bagaimana?

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...