Skip to main content

Mengembala di dunia.

Kisah dan cerita orang dulu kita jadikan pengajaran. Bahkan, kita perlu selalu menyelusuri sejarah dan kisah para anbia dan juga para sahabat. Banyak pengajaran yang pasti dapat memenuhi kekosongan dada.

Teringat bagaimana kita meneruskan hidup didunia yang sementara ini. Ia seolah kita seorang gembala.

Gembala yang menjaga sekumpulan peliharaan. Membawa kumpulan ke tempat yang ada makanan, rumput untuk diragut. Memastikan dapat bekalan air yang cukup untuk melepas dahaga.

Kesudahannya, memastikan kumpulan sentiasa cukup dan pulang pada waktunya agar dapat meneruskan hari esok ke padang ragut.

Wah! Bukankah senario ini yang kita jalani seharian? Tetapi, dunia inilah yang perlu digembala agar memberikan kita hasil. Hasil yang baik yang akan membawa kita jalan ke syurga.

Lihat bagaimana amanahnya Nabi Muhammad sebagai seorang gembala. Lihat pula diri kita? Bagaimana kah dunia ini kita 'gembala'kan?

Atau mungkin, kita sebenarnya di'gembala' oleh dunia?

"Ya ALLAH, sentiasa tunjukkanlah kami jalan yang lurus." AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...