Skip to main content

Hidup dan Kesempurnaan.


Semasa mengalami situasi untuk membuat keputusan, kita biasa memikirkan banyak perkara.
Apa yang orang akan kata, adalah antara yang penting.
Memikrkan tentang, apakah keputusan kita itu diterima, juga menjadi benanan tambahan apabila mahu memilih dan membuat keputusan.

Ramai yang bertanya, "Bolehkah saya pandai dahulu berbisnes, baru saya memulakan bisnes?"
Ada pula yang berkata, "Puan, biar saya belajar dahulu. Kemudian baru saya akan mulakan."

Memulakan sesuatu (termasuklah bisnes) adalah satu keputusan yang kita buat.


11 tahun lalu, semasa kedua ibu bapa saya mahu membuat keputusan membenarkan saya berkahwin dengan suami saya, mereka membuat keputusan.

Banyak soalan yang dilontarkan kepada mereka, termasuklah…

"Bolehkah anak kamu itu jadi isteri kepada lelaki yang 20 tahun lebih matang?"
"Anak baru lulus universiti, sudah terus mahu kahwinkan?"
"Bolehkah nanti dia jadi ibu?"

Saya diberitahu bahawa kedua ibu bapa saya menjawab begini…

"Apabila dia berkahwin nanti, tahulah dia bagaimana mahu jadi isteri.
Tahulah dia apa yang perlu dia belajar dan apa yang perlu dia buat.
Apabila dia sudah beranak nanti, tahulah dia bagaimana mahu jaga anaknya.
Apabila buat, belajarlah dia!"

Ya.

Apabila saya mahu menunggu untuk pandai menjaga anak baru mahu mengandung, maka saya sudah pasti tidak akan mempunyai 5 orang anak pada umur 35 tahun.

Saya sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang berani membuat keputusan besar dengan penuh keyakinan.

Pastinya, hidup ini juga merupakan satu pusat pembelajaran.

Sekolah yang terbesar yang ada. Sekolah hidup ini, kita belajar dan buat. Kita buat sambil belajar. Kita hidup secara berkumpulan. Kita bersama dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Maka….

Apabila membuat keputusan memasuki dunia bisnes, senarionya juga begitu.
Ia adalah sebuah sekolah yang berterusan.
Buat dan belajar.
Belajar dan buat.

Kesempurnaan itu tidak muncul pada pertama kali.

.



Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...