Skip to main content

Memberi ruang kepada diri.

Menjalani kehidupan seharian adalah perkara yang biasa dan sama buat semua orang. Namun, setiap hari yang dilalui oleh setiap individu berbeza, mempunyai perspektif dan perjalanannya yang unik. Ianya suatu pengalaman yang tersendiri.

Sebahagian daripada kita menjalani kehidupan seharian, sebagai satu rutin yang seronok dan menarik. Tetapi, bagi sebahagian pula, mereka mendapati perjalanan kehidupan seharian itu tidak seindah yang disangka.

Apa pun, hidup dan perjalanan seharian yang kita lalui perlu mempunyai tujuan atau 'purpose' yang jelas. Ada banyak cara yang dikongsikan oleh ramai orang tentang 'tujuan' hidup.

Ramai juga antara kita yang merupakan ibu atau bapa menjadi sedikit tertekan dalam pencarian atau proses merealisasikan tujuan hidup.

Bersama ahli keluarga, meluangkan masa bersama anak-anak, melihat mereka membesar adalah impian ibu bapa. Bukan semua ibu bapa hari ini mengejar perkara lain bagi memenuhi keperluan hidup atas kehendak dirinya.

Ada juga yang menyatakan hasrat untuk berhenti bekerja untuk fokus kepada pembangunan keluarga, namun banyak faktor yang menghalang mereka. Malah, ada sebahagian besar yang sebenarnya termasuk dalam kategori, terpaksa memilih untuk meletakkan anak-anak dibawah jagaan orang lain.

Pun begitu, rutin kekeluargaan, banyak yang masih tidak dapat dipenuhi oleh ramai ibu bapa yang bekerja. Menyatakan bahawa mereka tidak mengambiltahu hal dan perkembangan anak-anak, adakalanya menyimpang daripada maklumat dan hakikat sebenar pilihan mereka sebagai ibu bapa bekerja.

Apa juga pilihan ibu bapa dan cara untuk membina keluarga, ia adalah pilihan mereka sebagai orang dewasa.

Kepada ibu khususnya yang bekerja, berilah ruang kepada diri sendiri. Beberapa perkara berikut boleh mengubat luka:

1. Tidak kiralah walau hanya 5 minit, luangkan sehari untuk duduk bersama anak-anak. Serentak, atau seorang demi seorang. Sekurang-kurangnya, lihatlah mereka sebelum tidur.

2. Jikalau tidak dapat solah berjemaah sekalipun, berikan masa khusus untuk semua orang berhenti untuk waktu solat. Yang penting, solat tidak ditinggalkan.

3. Tidak usah kecewa apabila tidak sempat memasak akibat kepenatan dan huru-hara masa. Sekalipun air milo dan biskut gula untuk sarapan, anak-anak akan tetap menghargainya. Meskipun sesekali mereka merungut, anak-anak tetap anak-anak.

4. Kelelahan dan kepenatan badan kita bekerja diluar, ditambah dengan kepenatan meneruskan kerja rumah setelah pulang bekerja, tidak sama jikalau dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa kita.

5. Pandangan orang lain dan nasihat dari rakan, ambillah seadanya. Komen yang menyukarkan, usah diproses. Hakikatnya, keluarga kita lebih memerlukan masa kita. Usah dibazirkan dengan melayani kata-kata perbandingan, komen-komen dan kritikan.

Anak-anak ini ada rezekinya. Doakan yang baik. Tahan amarah meskipun sukar. Marahlah dengan berpada. Menangislah, usah disimpan rasa.

Andai kita fikir akan kepenatan, orang lain dalam keluarga kita juga kepenatan.
Andai kita fikir bahawa kita seorang yang sedang sukar, orang lain dalam keluarga kita juga menghadapai kesukaran masing-masing.

Sesungguhnya, permintaan hambanya yang benar-benar bersungguh lebih mudah sampai kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...