Skip to main content

Memilih. Membuat pilihan.

CATATAN SUBUH
…tentang hidup.

Hidup ini penuh dengan pilihan.
Memilih untuk membuat keputusan dan meneruskan perancangan adalah satu proses pilihan.
Memilih untuk menceburi bidang baru lalu menjalankannya dengan sepenuh hati adapah pilihan.

Kita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk memilih.
Tiada hasil tertentu yang boleh dijanjikan daripada pilihan kita itu.
Malah, setiap pilihan yang melibatkan keputusan yang kita buat itu akan melibatkan risiko pula.

Maka, pernahkah kita menilai dan mengira setiap risiko atas keputusan yang kita ambil?

Seorang ibu mengambil risiko dengan membuat keputusan setiap hari.
Memutuskan untuk bekerja sepenuh masa mempunyai risiko.
Membuat keputusan untuk memberikan tumpuan kepada keluarga tanpa bekerja juga mempunyai risiko.

Keputusan dan risiko yang kita ada tidak sama. Situasi dan suasana semasa akan membezakan keputusan dan risiko yang kita ambil.

Lalu, berkongsi pengalaman, mendengar kisah dan cara orang lain membuat keputusan, sedikit sebanyak memberikan kita banyak ruang untk menilai dengan lebih bijak.

Maka, usah disalahkan atau meletakkan orang lain sebagai sebab untuk kita membuat keputusan. Suami, isteri, anak dan ibu bapa tidak harus dijadikan alasan atas sebarang keputusan yang kita buat.

Kita memilih untuk membuat keputusan yang mempunyai risiko.
'Take charge!'.



.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...