Skip to main content

Tahun Baru. Kanvas Lama.

Entri terakhir saya dalm blog ini bertarikh 2013.

Wah!
Nampaknya sudan setahun saya hanya singgah di www.noraminahomar.com

Inspirasi kehidupan datang dari pelbagai sumber.
Manusia.
Alam.
Bahan sekeliling.

Hatta, membasuh pakaian juga boleh mendatangkan inspirasi secara tiba-tiba.
Menggosok belakang periuk belanga itu juga, adakalanya memberikan idea.
Namun, biasanya ia cepat hilang begitu saja.
Maka, segeralah mencatatkannya agar ia boleh dilaksanakan selepas itu.

Tahun 2013 telah memberi pengajaran hidup yang luar biasa.
Ianya tidak sama dengan tahun sebelum itu.

Tahun 2014 juga membawa permulaan yang tidak sama.
Tahun ini, 'bootstrapping' menjadi budaya saya sekeluarga.

Tidak banyak yang dapat dilakukan dengan keadaan ekonomi dan sosial tempatan yang luar kawalan.
Namun, kehidupan ini adalah sesuatu yang perlu dihadapai dan diselusuri bersama.
Anak-anak kecil sudah mula faham apabila mereka mula dewasa.

Antara yang dilihat dengan jelas:

1. Keadaan ekonomi setempat memberi kesan kepada cara dan gaya hidup kita.

2. Perkara yang biasa boleh ditukar dengan kerjasama seluruh keluarga.

3. Keseimbangan emosi memerlukan ruang dan masa untuk disantuni.

4. Manusia secara semulajadi punya banyak rasa dan mahu. Kita hanya perlu berhati dan memagar diri.

Tahun 2014 adalah tahun yang bakal memberi banyak makna dalam hidup yang hampir mencecah angka 40.

Tahun baru. Kanvas lama.
Ada gambar yang tidak boleh dibuang.
Ada lakaran yang perlu diteruskan.
Ada warna yang sukar diubah.

Namun, mewarnakannya semula tidak mustahil.
Meskipun kanvas lama itu sudah tidak ada ruang.
.

Comments

Popular posts from this blog

Membina hidup yang lebih bererti dengan memberi...

Agak lama saya tidak meninggalkan sebarang catatan di sini. Saya kira, saya seolah 'sibuk sendiri'. Entah apa yang dikejarkan, entah siapa yang saya ingin puaskan, entah fikiran mana yang saya gunakan...saya agaknya tidak sedar. Saya tersedar apabila saya cuba mendekati mereka yang saya duga 'kawan' rupanya tidak menerima dan melihat saya sebagai kawan, sebaliknya melihat saya sebagai hanya seorang pelatih yang perlu menghormati gurunya...sentiasa! Nampaknya, kata-kata 'kita seperti sebuah keluarga', 'kita adalah sepasukan' adalah menjadi satu retorik apabila kita berada dalam keadaan yang penuh mencabar. Pada kebanyakan masa, kita 'panik' dan takut pada sesuatu yang dahulunya kita anggap sebagai biasa, asam garam dan lumrah hidup sahaja. Senario hari ini agak berbeza...rasanya jauh sekali perbezaannya. Itulah...mungkin saya selama ini hanya 'sibuk sendiri'. Lalu sepetang tadi, saya paksakan diri saya hinggap disebuah kedai bu

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak berbeza ker

Tips Berniaga: Cabaran utama .

Salam. Ramai sebenarnya penulis dan individu yang menulis dan bercerita tentang teori, pengalaman dan pendapat tentang tips berniaga. Ini banyak dicoretkan di laman web perniagaan dan juga blog peribadi serta media yang lain termasuk 'facebook'. Ada yang menganalisanya secara teori, praktikal dan juga penilaian dari beberapa bahan bacaan ternama. Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran sebenar dan faktor yang sering menjadi punca kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Kemajuan dan kejayaan perniagaan dapat dilihat berbeza: 1. Perniagaan yang berjaya dan berkembang. 2. Perniagaan yang yang berjaya tetapi tidak berkembang. Mari kita kembali semula kepada faktor yang saya nyatakan tadi, iaitu keluarga. Keluarga memberikan beberapa perkara yang berikut dalam hidup seorang usahawan berjaya: 1. Sokongan moral & spiritual 3. Pewaris (mereka yang boleh mengambil alih perniagaan atas sebab-sebab tertentu seperti kematian) SOKONGAN MORAL & SPIRITUAL