Skip to main content

KASIHNYA KEPADA MANUSIA

Catatan kali ini tidak lari daripada perkara tentang kehidupan. Cerita manusia, memang mudah menarik hati manusia yang lain.

"People want to hear stories about people."

Ini yang biasa menjadikan kita tertarik untuk membaca kisah dan cerita tentang orang lain.

Bagi sesetengah orang, mereka tidak mahu mendedahkan dan bercerita banyak tentang hidup mereka. Ini melibatkan adanya perkongsian ruang hidup peribadi dengan orang lain. Apatah lagi sekiranya ia dipaparkan di laman sosial, sudah tentu ruang privasi diri menjadi semakin kecil.

Pun begitu, hidup ini adalah ruang untuk belajar dan meneladani. Mana yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.

Mudah kedengaran, tetapi tidak mudah untuk  kita lakukan.

Hari ini kita banyak membaca melalui pelbagai medium. Buku dan bahan cetak bukanlagi satu-satunya pilihan yang ada. Laman web, blog, ebook dan seumpamanya juga, merupakan medium bacaan ramai.

Kisah dan pencritaan yang dikaitkan dengan emosi kemanusiaan, mudah mendapat perhatian. Tajuk yang 'catchy' juga menjadi salah satu cara cerita dan kisah ini dikongsikan dan menjadi popular.

Ya, cerita yang berkaitan dengan manusia yang lain, lebih mudah dikongsikan. Cerita yang menyentuh emosi manusia, cepat diviralkan.

Menulis, berkongsi dan membaca kisah manusia ini, memerlukan kita menjadi manusia juga. Manusia yang faham erti kemanusiaan. manusia yang mesti ada rasa kasih kepada manusia yang lain.

Apabila kecewa, bersyukurlah.
Apabila marah, diamlah.
Apabila dikata dan ditohmah, beri maklumat yang perlu sahaja.

Kita ini manusia. Dilahirkan dengan rasa kasih, kepada manusia.


Noraminah Omar
10.00 malam
31 Julai 2016
Kajang.
.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...