Skip to main content

MEMBUAT KEPUTUSAN, MEMBUAT PILIHAN

Pada tahun 2013, saya banyak membuat keputusan-keputusan besar dalam kehidupan. Antara yang paling besar ialah menamatkan khidmat pembantu rumah yang sudah macam ahli keluarga sendiri.

Setelah hampir 8 tahun, saya mempunyai pembantu untuk urusan di rumah, saya membuat keputusan ini atas banyak faktor. Pada waktu itu, dengan anak kecil seramai 5 orang, cabaran yang bakal dihadapi bukanlah satu perkara kecil dalam situasi saya.

Ya. Ada banyak sebab dan faktor. Pun begitu, perkara yang menyakitkan, membimbangkan dan menakutkan itulah yang menjadikan kita lebih menjadi manusia.

Secara teknikalnya, is bermula dengan persediaan kita sendiri. Persediaan itu termasuklah menyediakan anak-anak, suami dan ahli keluarga akan susur jalan yang baru bakal ditempuhi.

Bagi seorang ibu yang bekerja dan mempunyai anak, cabaran mengurus dan menyusunatur keperluan dirumah adalah antara yang penting. Jika ada yang terhalang, kerjaya juga akan terkesan. Begitulah juga sebaliknya.

Pun begitu, sokongan suami dan ahli keluarga merupakan x faktor kepada ramai ibu-ibu di luar sana. Tidak kira sama ada mereka bekerjaya atau sepenuh masa bekerja di rumah, sokongan ini menjadi tunjangnya.

Anak-anak akan menyusul dengan sendiri apabila kita suami dan isteri dapat terus bersama. Terus damai dengan hati. Tenteran dengan kasih sayang dalam jiwa murni.

Sekali-sekala, biasalah. Akan ada juga yang terluka. Hidup ini, bukan yang indah-indah sahaja. Hakikat itu, anak-anak juga mesti terima.

MEMBUAT keputusan dalam hidup menjadi perkara kritikal bagi semua orang. Sama ada kecil atau besar, ia tetap satu perkara penting.

TENANGlah. Berikan masa dan ruang kepada diri. Adakalanya kita berkeras mengikut gerak hati. Adakalanya kita mengalah untuk menjaga banyak hati.

Selepas berusaha, ALLAH sahajalah sebaik-baik tempat kita meminta pertolongan.


.
Noraminah Omar
6 Julai
Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...