Skip to main content

ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Dalam hidup ini, kita sering juga dilanda ketakutan. Kita selalu ada rasa bimbang. Kita juga tidak tahu, ada banyak kemungkinan.

Bagi yang masih bujang, ada senarai kebimbangan sendiri.
Bagi yang sudah berkahwin dan belum menimang cahaya mata, ada rentetan air mata yang dibendung.
Bagi yang sudah berkahwin punya anak dan keluarga, ada jujukan diari hidup yang mereka sembunyikan.

Apa pun juga situasi yang kita hadapi, bukanlah bermakna kita hanya sendiri-sendiri.
Allah masih ada. Dia jugalah yang memberikan segalanya.

Para pembaca yang budiman,

Rentetan daripada suasana dan kesan emosi, tidak semua daripada kita bernasib baik. Allah maha tahu. Siapa yang dikehendaki-Nya, dialah yang Allah pilih.

Anak-anak dan ahli keluarga, apa pun situasi mereka, kita terimalah dengan redha.
Apa juga yang berlaku, terimalah dengan rela.

Daripada spektrum autisme, hinggalah spektrum skizofrenia, mereka tetap ahli keluarga kita.

Tidaklah semudah yang kita sangka. Tidaklah seringkas yang kita jangka.
Menerima hakikat itu, satu cabaran besar.
Menghadapainya, satu dugaan hebat.

Tabahlah duhai ibu, kakak dan adik.
Kuatlah semangat duhai ayah, abang dan adik.

Tiada sesiapa yang mampu mengubah hidup kita, melainkan kita sendiri.
Kembalilah berganding tangan, berikan sokongan kepada ahli keluarga yang memerlukan.
Jika inilah jalannya untuk kita sama-sama ke syurga, kita jagalah diri kita sesama kita.

Allah maha tahu.


Noraminah Omar
7.45 pagi
30 Ramadhan
5 Julai 2016
Kajang.

.



Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...