Skip to main content

MENGEJAR BAYANGAN

.
Dunia ini memang mengasyikkan. Anak-anak dan ahli keluarga, ialah satu anugerah indah yang amat mengasyikkan. Setiap hari, ada sahaja kisah dan cerita yang tidak lari dari mereka. Malah, saya juga begitu.

Milikan ini adalah satu pinjaman. Semua orang pun tahu. Apa juga yang kita pilih, sama ada bekerja untuk orang lain atau sepenuhnya menguruskan kerja di rumah, ia tetap satu pilihan. Ia tetap satu milikan sementara.

Apabila ada yang menyebut bahawa semunya milik Allah, ia adalah satu kenyataan. Kenyataan satu lagi ialah, Allah berikan semua itu kepada kita sebagai milikan sementara. Jadi, sudah tentulah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan yang terbaik dan melakukan yang terbaik.

Hidup kita juga ada banyak banyangan. Bayangan ini terhasil apabila cahaya dihalang. Maka kita hanya nampak bahagian gelap yang menghasilkan bayang-bayang.

Hidup juga satu bayangan apabila kita hanya meihat hanya apa yang terlihat apabila cahaya dihalang.

Kita nampak bayang indah.
Walhal yang menghalang cahaya itu tidak semestinya indah.

Kita nampak bayang menakutkan.
Walhal yang menghalang cahaya itu sangat menenangkan.

Kita nampak bayang bahaya.
Walhal yang menghalang cahaya itu selamat.


Apabila hidup ini mengejar bayangan, kita akan jadi tak keruan.
Kita lihat orang berjaya menjual baju online, kita juga mahu lakukan yang sama.
Kita lihat orang bahagia berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri, kita juga mahu lakukan yang sama.
Kita lihat orang membuka premis perniagaan dan untung, kita juga mahu buka kedai.
Kita lihat orang lain......

....dan kita terus mengejar bayangan.

Apa juga keputusan dan tindakan, ia merupakan satu rancangan.
Ada rancangan hidup, rancangan keluarga dan rancangan kewangan.

Andai berbisnes itu salah satu rancangannya, kita harus teruskan. Ia bukanlah satu perkara yang mengejar bayangan semata-mata.
Andai kita mahukan satu pencapaian, kita teruskan. Pencapaian hidup ini ada banyak cara.

Kitalah yang menentukan usaha supaya dapat mencapainya!
Selebihnya, Allah lebih berkuasa.


.
Noraminah Omar
7.00 pagi
Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...