Skip to main content

KASIH YANG INDAH

.
"Tahun ini macam biasa saja." perlahan Mak menuturkan ayat ini. Jari-jemari mak masih sibuk memasukkan benang ke dalam jarum. Halus agaknya jarum itu. Lama juga Mak mencuba.

Ayah bersandar pada dinding rumah. Kaki kanannya dibengkokkan manakala kaki kirinya melunjur di atas lantai. Abah menggosok-gosok lutut kaki kirinya. Sakit barangkali.

Mak menoleh dan memandang Abah sambil berkata, "Tahun ini tidak mengapa Abang. Tidak perlu beli baju raya untuk saya dan Ana. Saya sudah boleh menjahit. Setakat baju Ana, saya jahit pelan-pelan. Cuba, baju lelaki saja. Saya belum pandai."

Abah senyum. Sambil mengangguk dia menjawab, "Tak apalah. Awak jangan risau. Saya usahakan. Kalau saya tak apa. Baju yang ada tu sudah cukup. Lagipun, jubah putih hadiah dari Tuan Hj Tahir ada lagi. Jubah pun boleh."

Mak diam. Sambil menari nafas panjang dia menyambung, "Abang rasa, saya patut bekerja semula?"

"Awak tak penat?"

Mak senyum. " Bukan apa Abang. Kos hidup sekarang besar. Saya ingat bolehlah saya cari kerja part-time saja. Boleh saya minta kerja di Tadika Ana?"

Abah masih diam. "Bukan apa. Awak kan sakit? Kalau jadi apa-apa macam mana?" Berkerut wajah Abah."


===========

Keindahan adalah sebahagian daripada kehidupan.
Tetapi, tidak semua yang indah itu hidup.
Bukan semua yang hidup itu indah.
Kasih dan sayang itu satu keindahan.
.


Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Menulis di Blog: Perlu berniat juga?

Seusai menyelesaikan rutin harian menghantar anak-anak ke destinasi harian, saya mula rasa tidak tenteram. Oh, ada lagi perkara yang saya belum tuliskan! Menerima kunjungan dan meraikan rakan yang singgah di blog tulisan ini seumpama meraikan kunjungan mereka ke rumah juga. Mesti mahu diraikan. Saya kira, saudara juga akan berasa senang jika kunjungan saudara disambut mesra, bukan? Saya dikunjungi oleh beberapa rakan sekerja dalam dunia yang sama, sebagai seorang yang perlu menguruskan entiti perniagaan yang penuh dengan rutin organisasi bersama manusia untuk manusia. Bagaimana mahu mempunyai masa untuk menulis di blog? Lagipun, pada pandangan mereka tidaklah memberikan pulangan sehebat menjalankan perniagaan dengan operasi harian yang agak lumayan. Tambahan pula, ada sesetengah blog yang ditulis, tidaklah seramai mana 'follower' yang ada. Bagi saya secara peribadi, menulis blog memberi banyak erti. Ia banyak bergantung kapad apa yang ada di dalam minda penulis berkenaan...