Skip to main content

"MANUSIA YANG HILANG"


.
Apabila kita dalam keadaan yang kita tidak boleh hadapi, banyak perkara yang datang menerpa dalam fikiran. Dunia hari ini, cabarannya bukan calang-calang. Buat ibu, bapa dan anak-anak dalam sebuah keluarga, banyak perkara yang berada di belakang minda kita.

Ada juga perkara yang berlaku, seolah-olah diluar jangkaan pemikiran kita. Suatu mas dahulu, kita tidka pernah terfikir akan adanya ibu yang sanggup mengandungkan anak 9 bulan dan kemudian membuangnya. Dahulu, kita juga tidak pernah terfikir seorang anak berumur 10 tahun sudah mula menghisap rokok!

Hari ini....dunia semakin mengelirukan.

Saban hari ada sahaja situasi yang memberikan tekanan. Malah, ada ahli keluarga yang membuang adik-beradik dan anak-anak seolah-olah kita saudah hilang budaya!

Ada banyak pendapat dan komen yang datang dari pelbagai sudut pandang. Sesungguh, tidaklah lain yang kita mahukan melainkan hidup dengan gemabira dan bahagia. Ia datang dengan banyak perkara. Ia dicapai atas banyak faktor.

Setiap keluarga dan diri mempunyai dinamiknya sendiri.
Lain padang, lain belalang.

Pun begitu....hidup ini adalah satu perjuangan. Apa pun yang kita lakukan, ia adalah peperangan. Apa yang kita perjuangkan memerlukan satu jalan untuk dicapai. Ia bukan kerja sendirian.



1. Kita mahu sama-sama mewujudkan sebuah generasi yang saling hormat-menghormati.Anak-anak lelaki dan perempuan saling berganding bahu membina sebuah kehidupan. Ibu dan bapa menjadi tiang kepada sebuah keluarga.

Anak-anak yang diajarkan dengan budaya hormat-menghormati akan kekal menjadikan dirinya, agamanya dan bangsanya membawakan yang baik kepada semua orang.

Kita boleh mulakan dengan mempraktikkan bercakap dengan gaya dan bahasa yang jelas menunjukkan kita menghormati sesama kita.

.

2. Kita mahu sama-sama mewujudkan sebuah generasi yang tidak tertekan akibat situasi ekonomi. Mahu tidak mahu, situasi ekonomi memang menjadi salah satu faktor utama kecelaruan yang berlaku hari ini.

Anak-anak yang dilatih dengan kepintaran sosial yang betul, dapat membuat keputusan dan berfikir yang membawa kepada ketenangan. Apabila ini berlaku, anak-anak dapat menguruskan situasi sosialnya dengan baik. Ia menjurus kepada budaya berbelanja dan pengurusan kewangan peribadi.

Ia bermula dari sini. Lanjutan itu, anak-anak dapat meneruskan satu legasi pembangunan masyarakat yang bijak menguruskan keperluan sosial dan ekonomi mereka.

Kita boleh mulakan dengan budaya berbelanja mengikut keperluan. Kita menukar gaya kepada kesederhanaan. Kita mula menabung dan melabur.

.
3. Kita mahu sama-sama mewujudkan anak-anak  yang punya daya percaya yang tinggi. Mereka yakin dengan kebolehan mereka dan menerima kelemahan mereka supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.

Anak-anak yang diajarkan tentang budaya dan cara berfikir serta bercakap yang positif, membolehkan mereka membina 'self-esteem' yang kuat. Ini antara keperluan jati diri. Ini menjadikan mereka orang yang akan memberikan fokus kepada perkara yang betul.

Kita boleh mulakan dengan menukar budaya berleter dan marah-marah kepada budaya mendorong. Anak-anak dan juga ibu bapa dalam sebuah keluarga, sudah tentu perlu membuat satu perubahan. Pun begitu, biarlah sedikit asal berterusan. Biarlah lambat asalkan kita sampai.


Banyak kejayaan besar, bermula dengan impian kecil.
Membina kejayaan memakan masa.
Membina sebuah generasi dan dunia yang kita impikan, merupakan tugas bersama.


Dunia hari ini, mencipta satu lagi 'pekerjaan'.
Pekerjaan yang memerlukan kita berjuang.

Ia adalah, misi mencari 'manusia' yang hilang.



.

Noraminah Omar
Julai 2016
5.45 pagi
Kajang.



Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...