Skip to main content

Membuat Keputusan : Tidak semudah bicara di bibir.

Alhamdulillah.

Buat kesekian kalinya, Allah memberikan saya kudrat dan kekuatan untuk meneruskan hari dan kehidupan yang bakal membawa kita semua ke syurga. Amin.

Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan beberapa proses asas yang berlaku secara unik di dalam minda, saraf dan otot baadan kita sebagai manusia. Ciptaan Allah yang amat unik, menjadikan manusia sebagai salah satu ciptaan Allah yang amat unik. Keunikannya melebihi segala ciptaan lain yang menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan.

Tidak hairanlah dalam diri manusia itu terdapat pelbagai perbezaan dan juga persamaan yang adakalanya sukar untuk akal biasa seorang manusia lain untuk memahaminya.

Kebijaksanaan manusia juga terserlah dalam tatacara yang dilihat dari segi keupayaan inovasi dan keupayaan manusia membuat keputusan. Banyak sekali keputusan yang perlu dibuat dan difikirkan dalam setiap perbuatan malah pergerakan manusia. Banyak keputusan biasa yang tidak memerlukan minda berfikir secara sedar. Ini termasuklah apabila kelopak mata membuat keputusan untuk berkelip. Ajaib bukan?

Namun, dalam hidup seharian secara sedar banyak keputusan dibuat yang memberikan impak besar dalam konteks individu, keluarga kelompok masyarakat dan negara. Jadi, membuat keputusan untuk membeli rumah atau hanya menyewa adalah satu proses membuat keputusan secara sedar yang memerlukan banyak nanalisa terhadap impak kepada pelbagai pihak.

Sebagai seorang individu yang baru bekerja membuat keputusan untuk menyewa. Bahkan, beliau memikirkan impak yang lebih jauh dengan membuat keputusan menyewa bilik sahaja! Manakala bagi seorang bapa yang sudah memulakan hidup bekeluarga hampir 4 tahun sudah mula meikirkan untuk memilki rumah sendiri, apatah lagi apabila anak juga sudah semakin membesar dan bilangan mereka pasti bertambah.

Sebagai seorang pemimpin yang bertindak untuk sebuah kumpulan masyarakat, sudah tentu banyak pula keputusan lain yang perlu di buat. Manakala sebagai seorang ketua dalam konteks situasi perniagaan dan kehidupan berorganisasi, banyak lagi keputusan lain yang memerlukan seseorang itu membuat keputusan dengan lebih baik dari masa ke semasa.

Saya melalui beberapa pengalaman peribadi dan melihat sendiri situasi penting di mana keputusan yang besar dan melibatkan impak kepada banyak pihak lain telah di buat dengan baik. Malah ada juga keputusan yang sangat baik pada waktu itu, tidak pula dapat memberikan kebaikan sepenuhnya seperti yang dijangkakan.

Saya sendiri pernah membuat keputusan untuk meneruskan perkhidmatan salah seorang kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan fizikal di syarikat. Memberi pertimbangan banyak perkara, kesemua ahli lembaga yang lain turut mendapati bahawa keputusan itu adalah yang terbaik pada waktu itu.

Namun, 6 bulan selepas itu kesan yang sangat negatif dilihat dengan jelas. Ini terjadi apabila, pegawai tersebut mengalami masalah kesihatan yang lebih buruk. Tambahan dari itu, ia melibatkan hampir separuh dari pelanggan di bawah kendalian beliau terpaksa menerima kesan akibat daripada keadaan beliau yang tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan seperti yang dijanjikan.

Walaupun begitu, kami semua amat bersyukur kerana masih dapat memberikan sedikit ruang dan selanjutnya membantu pegawai berkenaan untuk meneruskan hidup seperti biasa dan kami dapat memberikan sokongan tambahan kepada pelanggan-pelanggan tadi.

Situasi seperti ini nampak agak biasa dan tidak perlu dirisaukan. Tetapi, apabila meneliti tentang apa sebenarnya yang berlaku disebalik keputusan itu, ada keputusan yang dibuat dengan tujuan dan niat baik boleh mengakibatkan kemudaratan dan kesusahan pada pihak yang lain.

Sesungguhnya, keputusan yang terbaik dan sempurna hanya datang dari Allah sahaja. Namun, sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah sebagai khalifah, maka keputusan yang dibuat sebagai manusia biasa harus perlu diteruskan. Pada waktu ini, ramai yang sedang memikirkan tentang keputusan seterusnya yang perlu dibuat. Tidak kira sama ada ia berbentuk peribadi, keluarga, masyarakat, organisasi atau negara.

Semoga dengan memohon petunjuk yang berterusan, usaha dan tawakal akan membawa kita semua kapada semua pembuat keputusan di pelbagai peringkat.

Jadi, adakah anda juga tergolong di kalangan mereka yang sentiasa memohon petunjuk dan hidayah dari Allah, meskipun hanya untuk merancang dan memutuskan apa yang harus dibelanjakan esok?

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...