Skip to main content

FACEBOOK: Bukan tempat untuk menulis?

Banyak perkara baru yang boleh dipelajari setiap saat. Malam ini, saya mahu mencatatkan semua perkara yang saya telah lalui dalam tempoh 5 hari yang lalu. Laluan jalan saya ke utara dan kembali semula ke lembah rezeki ini.

Saya dapat menceduk ilmu dari pelbagai sumber yang tidak disangka-sangka. Kadangkala, pembelajaran dijalanan lebih membawa makna. Saya berkesempatan menelusuri sebuah petang bersama sekumpulan manusia yang bercita-cita , mahu dan cintakan ilmu. Menulis adalah salah satu wadah yang kami semua akui untuk menjadi salah satu tempat terbaik untuk berkongsi dan mengabdikan ilmu itu untuk digunapakai.

Apa juga platform atau method dan cara penulisan bukanlah satu yang besar dibandingkan dengan penulis itu sendiri. Dalam konteks kini, buku terbitan dan juga penulisan 'online' adalah satu trend yang amat mengambil tempat di hati pembaca. Meskipun buku adalah wadah rasmi sejak dahulu, perkembangan IT dan kelebihan teknologi menjadikan ilmu dapat disalurkan dengan lebih pantas dan dengan kos yang jauh lebih rendah.

Berkumpulnya beberapa individu yang suka membaca, mahu menulis dan beberapa ahli penerbitan dan penulisan yang berpengalaman telah memberikan saya satu cetusan minda yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

"Berhati-hati dengan virus FACEBOOK. Ia menyebabkan idea tidak dapat dikaitkan dan ia hanya akan sentiasa menjadi cebisan-cebisan yang sukar membawa makna setiap kali  'status' anda di'update'. Menulis bukan hanya pada masa lapang. Lebih sibuk, lebih banyak yang boleh di tulis."

Itulah antara baris-baris kata yang saya tuliskan semula berdasarkan apa yang masih terlekat di minda hasil satu sesi perkongsian bersama penulis Ustaz Hasrizal, dari Blog menjadi buku.

Saya melihat kata-kata ini sebagai satu pencetus idea kerana saya tidak pernah terfikir begitu sekali kesan facebook yang amat kuat terhadap minda penulis. Setelah mengamatinya, saya akui akan kebenarannya. Jadi, memang tidak hairanlah jika saya lihat tidak ramai penulis yang aktif di facebook, melainkan kerana dan atas sebab-sebab yang pada saya adalah sangat objektif.


Apa yang ada di dalam minda, segalanya boleh jadi bual bicara. Terpulang pada kita untuk meletakkannya dalam perspektif dan lingkungan kandungan yang baik dan positif untuk dikongsi bersama.

Mencari idea dan mengembangkannya perlukan beberapa cara yang biasa tetapi kreatif. Banyak cara tradisi yang kini semakin dilupakan termasuklah seperti 'mind-mapping' dan 'fish-bone'. Sebagaimana yang pernah diajar dan diterangkan oleh ramai guru bahasa di zaman sekolah, begitulah caranya bagaimana penulis hari ini mencapai idea dan seterusnya mengembangkannya sehingga mencapah kepada dimensi yang sangat kreatif dan kadangkala sangat kritis.

Apa yang dibaca oleh penulis juga menjadikan antara sebab untuk mereka tidak mengambil facebook sebagai ruang pencetus idea. Membaca pelbagai buku adalah berbeza dengan mempelbagaikan jenis bacaan. Apa juga yang menerjah masuk ke dalam minda penulis banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka baca dan juga ke mana mereka mengembara. Indah bukan? Maka, secara semulajadinya, setiap diri mempunyai cerita dan kisah yang boleh diolah menjadi satu bahan ilmu untuk dikongsikan.

Saya tidak banyak mempunyai pengalaman sendiri dalam tempoh 35 tahun menjalani kehidupan  yang singkat ini. Namun, dengan perkongsian pengalaman melalui perjalanan kunjungan kembara dan kelana bacaan, ia memberikan lebih banyak input menjadi bermakna dan membolehkan output yang baik dihasilkan. Ia bukan hanya sekadar pengalaman hidup dan maklumat, ia adalah melangkaui proses adaptasi yang membolehkan sesuatu perkara distruktur dan disusun dengan tatacara yang sempurna. Ia membawa kepada pemahaman falsafah dan etika hidup untuk menuju kepada sebuah kejayaan yang hakiki.

Pembacaan kini tidak hanya terhad kepaada format buku bacaan asahaja. Terdapat banyak bahan bacaan dalam bentuk artikel, makalah dan juga penulisan profesional diterbitkan secara e-book dan disebarkan serta dijual secara luas di internet. Bayangkan, betapa luasnya peluang untuk penulis hari ini terus membaca. Saya yakin, ini juga adalah faktor besar mengapa tidak ramai pernulis mengambil facebook sebagai ruang penulisan yang sebenar.

Banyak juga penulis yang berlegar di ruangan blog dan mereka ini digelar 'blogger'. Blogger hari ini terdiri dari pelbagai kategori dan kumpulan. Terdapat golongan muda yang menggunakan blog sebagai platform belajar, niaga, penulisan jurnal harian atau diari, aktiviti pemasaran dan sebagainya.

Namun, masih ramai blogger di luar sana yang masih fokus terhadap kekuatan isi kandungan blog masing-masing. Mereka memenuhi blog mereka dengan penulisan dan idea mereka. Kritik, komen dan pandangan masing-masing dititipkan dalam ruang blog yang mereka bina untuk mencapai kepuasan peribadi. Tetapi, ada juga blog yang ditulis untuk melaksanakan perancangan negatif yang sanagat melampaui batasan dan menyalahi undang-undang.

Namun begitu, saya adalah salah seorang antara ramai orang yang melihat blog sebagai platform sebenar untuk menulis, bukan facebook! Maka, saya mengambil nasihat untuk berhati-hati bersama facebook sejak awal dan mahu kekal dengan nasihat itu. Facebook adalah ruang yang memberi impak maksima hanya dengan tujuan dan cara yang sangat objektif.

Hidup ini mesti jadi jalan ke syurga! 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...