Skip to main content

Antara Angka dan Rasa Jiwa

Peluang bertemu dan bercakap serta bertukar-tukar pengalaman dan pandangan dengan rakan baru adalah salah satu peluang untuk mana-mana individu belajar banyak perkara. Tambahan pula, bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, pertemuan dan pertukaran pengalaman adalah dikira sebagai satu pelaburan masa yang amat besar.

Baru - baru ini saya sempat bertemu dengan seorang usahawan yang berjaya dalam bisnes beliau. Bagi saya memang beliau sudah berjaya, walaupun menurut beliau bukanlah begitu. Beliau sudah memulakan bisnes francais lebih 5 tahun. Tahun ini adalah tahun beliau yang ke-6 bergelar sebagai seorang francaisi yang menggunakan jenama antarabangsa. Namun, jenama dan jenis perniagaan beliau bukanlah apa yang menarik perhatian saya.

Dalam sesi perbualan tersebut, beliau menyebut tentang beberapa strategi dan cara yang beliau kongsikan tentang bagaimana beliau membuat keputusan dalam perniagaan. Angka atau rasa?

Saya pernah bertanya pada beberapa usahawan lain sebelum ini."Bilakah masa yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan?" Mengembangkan perniagaan membawa banyak perspektif. Ia boleh jadi dengan menambah cawangan, meluaskan sasaran pasaran, meneroka pasaran baru atau memperkenalkan produk baru.

Saya pula bertanya kepada beliau, "Apa pengalaman tuan dalam mengembangkan perniagaan?". Jawapannya yang panjang saya ringkaskan. Saya mengambil masa beberapa hari untuk memahami dengan jelas apa yang dikongsikan.

Rupanya dalam banyak perkara ramai antara kita tidak dapat membezakan tentang membuat keputusan secara emosi atau dengan realiti. Realiti bisnes adalah berdasarkan angka. Semuanya bergantung kepada 'income statement', 'profit and loss' dan 'balance sheet'.

Keputusan untuk mengembangkan perniagaan bukanlah berdasarkan kepuasaan emosi. Ia tidak menunjukkan pencapaian peribadi, tetapi adalah lebih kepada pencapaian secara kolektif sebuah kumpulan pengurusan. Keputusan untuk berkembang dalam mana-mana kategori memerlukan kekukuhan kewangan dan kestabilan pendapatan syarikat atau organisasi perniagaan tersebut.

Untuk memastikan ini berlaku, kuasa kawalan terhadap keluar masuk wang, dari mana dan bagaimana ia dibelanjakan perlu berada di atas meja setiap hari. Jika disoal tentang berapa banyak jualan hari ini atau berapa banyak perbelanjaan tunai dikeluarkan hari ini, ia pasti boleh dijawab dalam kadar yang singkat.

Terdapat 2 perkara yang biasa perlu diambil kira. Jika ditanya tentang tawaran untuk mengembangkan perniagaan, ia banyak bergantung dengan kekuatan pembuat keputusan dalam organisasi tersebut. Kedua, ia akan dapat dilihat dengan menyediakan perancangan dan proforma kewangan.

Ada kes di mana kos untuk mengembangkan perniagaan adalah dua kali ganda dari kos asal semasa memulakan perniagaan. Walhal, asas pendapatan tetap sama dan kos operasi meningkat sebanyak 10%. Ramai yang tidak melihat faktor ini semasa membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaan. Ada juga beberapa kes yang melibatkan penjualan sistem atau konsep yang tidak banyak memberikan kelebihan atau "exclusivity" untuk membezakan antara berkembang secara biasa dengan sendiri atau berkembang dengan kadar yang tinggi secara bersama.

Insyaallah, apa yang pasti adalah uasaha. Membuat kira-kira, bersedia dan menganalisa adalah antara proses yang biasa. Yang luar biasa adalah berapa jauh anda mahu pergi dan berapa kuat kemahuan anda untuk menjadikan impian satu kenyataan.

Selamat merancang!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...