Skip to main content

Menulis di Blog: Perlu berniat juga?

Seusai menyelesaikan rutin harian menghantar anak-anak ke destinasi harian, saya mula rasa tidak tenteram. Oh, ada lagi perkara yang saya belum tuliskan!

Menerima kunjungan dan meraikan rakan yang singgah di blog tulisan ini seumpama meraikan kunjungan mereka ke rumah juga. Mesti mahu diraikan. Saya kira, saudara juga akan berasa senang jika kunjungan saudara disambut mesra, bukan?

Saya dikunjungi oleh beberapa rakan sekerja dalam dunia yang sama, sebagai seorang yang perlu menguruskan entiti perniagaan yang penuh dengan rutin organisasi bersama manusia untuk manusia. Bagaimana mahu mempunyai masa untuk menulis di blog? Lagipun, pada pandangan mereka tidaklah memberikan pulangan sehebat menjalankan perniagaan dengan operasi harian yang agak lumayan.

Tambahan pula, ada sesetengah blog yang ditulis, tidaklah seramai mana 'follower' yang ada. Bagi saya secara peribadi, menulis blog memberi banyak erti. Ia banyak bergantung kapad apa yang ada di dalam minda penulis berkenaan. Ada banyak blog berkisar tenteng cerita dan kisah hidup. Ada blog yang lebih bersifat peribadi yang mahu dikongsikan bersama rakan.

Bagi mereka yang memppunyai nama dan selebriti, blog adalah sebagai salah satu acara mewujudkan identiti dan dikenali. Banyak lagi jenis dan kriteria blog yang ada pada hari ini.

Ditanya kepada saya, "Puan, saya sangat mahu menulis blog, tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu bermula. Apabila jemari berada di paparan 'keyboard' saya seolah tergamam."

Saya senyum. "Mengapa begitu?" soal saya kembali.

"Saya rasa terlalu banyak dalam fikiran yang mahu dituliskan. Jadi terhenti begitu saja. Kemudian jari mula mengodek-ngodek laman lain, terutama Facebook."

"Oh, jadi mengapa tidak tuliskan saja secara bersahaja? Tak perlu fikirkan tajuk atau tema. Tuliskan saja, kemudian baru disusun semula."

"Eh, mana boleh? Saya mahu blog saya nanti dibaca oleh ramai orang! Saya mesti mempunyai struktur dan isi kandungan yang betul, bukan begitu?"

"Emmm...jadi awak mahu menulis blog untuk dikenali orangkah?"

Diam.

"Beginilah. Apa sebenarnya tujuan untuk menulis? Apa yang saudara mahu?"

"Saya dengar ramai yang menulis itu kaya-raya!"

Saya terpana. "Benarkah begitu? Tidak mengapalah. Cuma, saya fikir, apa kata saudara bertemu dahulu dengan mereka yang aktif menulis. Lagipun, bukankah saudara juga aktif di facebook. Kenalkan diri pada penulis di sana dan cubalah dapatkan maklumat tentang dunia penulisan."

Begitulah antara beberapa perkara yang saya kira banyak persamaan dalam apa juga yang mahu kita kendalikan dan lakukan.

NIAT, TUJUAN, OBJEKTIF akan memberikan satu persepsi yang berbeza jika diterjemahkan dalam dimensi yang berbeza. Ada pula yang bertanya, "Mahu tulis blog pun perlu berniatkah?"

Bukankah setiap amalan dan perkara itu harus imulakan dengan niat? Apa kata anda?
Membaca blog ini, adakah sekadar kebetulan atau dengan niat tertentu? Setiap hari, tatkala jemari anda menekan kekunci 'facebook' itu adakah secara impulsif atau dengan sedar dan mempunyai objektifnya?
Atau, sebenarnya selama ini, kita hanya membuang MASA!







Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...