Skip to main content

Cara saya tidak sama. Jadi?

Assalamualaikum.

Kawan-kawan pembaca yang saya hargai. 

Benarlah membaca itu membawa kebaikan. Maka bacalah. 
Benarlah perkongsian itu membawa kebahagiaan. Maka berkongsilah. 
Benarlah cerita itu memberi pengajaran. Maka berceritalah!

Kandungan blog ini, kebanyakannya adalah cerita kehidupan dan cerita perjalanan seorang pemerhati yang melihat dan meneliti. Adakalanya, situasi dan suasana dianalisa dan adakalanya, ia berlalu dengan pengalaman peribadi yang tercerna tanpa tertulis dengan sebarang kata.

Ada yang suka membaca tulisan di blog ini kerana suka membaca. 
Ada yang membaca blog ini kerana ia satu hobi untuk 'blog walking'. 
Ada juga yang membaca 'blog' ini kerana mereka seolah-olah sedang bersama saya 'bermonolog'. 
Ada yang membacanya tanpa sebarang sebab pun!
(Ini adalah maklumbalas pembaca ya. ^_^)

Saya menulis untuk memastikan cerita hidup yang saya lalui tercatat untuk saya selusuri kembali. Saya tidak mempunyai memori dan daya ingatan yang hebat. 

Jadi, saya harus rajin mencatat. Catatan ini kelak, bakal menjadi bacaan semula untuk saya. Maka, saya mahu juga anak-anak saya mendapat peluang menelusuri pemikiran dan emosi saya apabila mereka dewasa kelak.

Saya perlu terus mengasah minda. Umur tidak akan menjadikan manusia semakin lemah begitu sahaja. Ia menjadikan manusia bertambah tabah. Saya perlu melakukan apa yang saya tahu. 

Minda saya hanya akan lebih bergerak aktif dengan pengulangan 10 kali ganda. Jadi, saya banyak melakukan pengulangan dan memerlukan lebih masa untuk mendapat satu-satu kemahiran. Mungkin kesimpulan perbincangan hari ini, hanaya akan muncul esok atau bulan hadapan!

Gerakan dan apa yang saya lihat sebagai gambaran visual adalah penting untuk saya menguasai sesuatu dengan cepat. Ini menjadikan saya berfikir dengan cara yang agak berbeza. Saya perlu melihat dengan jelas tentang banyak perkara dengan ilustrasi untuk berjaya. Saya berlatih dan membina 'pemikiran minda' melalui banyak cara termasuk membaca buku cerita bergambar.

Adakalanya, dilihat seolah 'slow learner'. Saya juga sesekali dilihat sebagai 'day dreamer'. Apabila saya sedang berada dalam suasana saya yang 'tersendiri' saya berfikir sedalam-dalamnya seolah tiada sesiapa pun di sekeliling saya. Saya juga adakalanya tidak sedar mengapa. Saya berjaya mengawalnya dengan meletakkan apa yang ada dalam fikiran saya di atas kertas atau kanvas komputer.

Setelah 35 tahun melalui pelbagai pengalaman yang berbeza, saya sedikit demi sedikit mula biasa dengan cara saya sendiri. Saya sudah mulai faham bahawa diri saya mempunyai keperluan yang berbeza dari orang lain. Maka, saya memilih untuk bekerja dan menyelesaikan apa juga tugasan dengan mengambilkira keadaan dan kebolehan diri saya.

Jadi, untuk berjaya saya perlu melakukan beberapa perkara yang saya tahu boleh membantu diri saya untuk jangka masa yang panjang. Walaupun ia memerlukan masa, saya kini sudah melihat hasilnya. Alhamdulillah.

Saya sudah boleh mengenalpasti lokasi di mana saya memarkirkan kereta. Saya boleh membaca peta dan menguasai koordinasi dengan lebih baik. Saya tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan. Saya tidak perlu menterjemahkan segalanya di minda. 

Jadi? Usah bimbang. Jika anak anda dilihat seperti bagaimana saya melihat diri saya 30 tahun yang lalu, yakinlah. 

Senyum dan yakinlah dengan masa hadapan.
Mereka akan berjaya dengan cara mereka. Mari kita bantu mereka untuk lebih memahami diri dan terus maju. 

Mari jadi seorang 'Professional Learning Facilitator' dalam hidup mereka! 

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...