Skip to main content

1 RAMADHAN 1433 - Mengumpul Kekuatan.


Alhamdulillah.

Allah masih panjangkan umur untuk melalui Ramadhan tahun ini. Tidak seperti tahun lalu atau tahun yang sebelumnya. Ramadhan bagi saya adalah berbeza. Setiap tahun adalah tahun yang memberi pelajaran yang tidak pernah sama.
 
Tahun ini, saya juga sudah setahun lebih bijak dari sebelumnya. Maka, saya harus mempunyai penelitian yang lebih tentang makna dan keperluan Ramadhan kali ini.

Ramadhan adalah bulan 'marathon' dan juga bulan 'rehat'. Agak sukar untuk memberikan keseimbangannya. 'Marathon' dalam perjalanan hidup seharian termasuklah usaha niaga dan rancangan keluarga. Memastikan perjalanan bisnes seperti yang dirancang dari segi operasi harian dan juga pengembangannya yang baru adalah satu 'larian laju' yang agak memenatkan.

Ramadhan tahun ini, memerlukan saya untuk bersama dengan beberapa organisasi luar atas dasar keperluan untuk menyumbang kepada masayarakat. Masyarakat usahawan wanita dan Muslim secara seluruhnya adalah antara yang ketara. Apabila saya sudah membuat keputuan, maka haruslah saya mengharungi dan melakukan yang terbaik.

Ramadhan kali ini juga adalah bulan 'rehat' yang agak serius. Saya mahu banyak belajar dan menyampaikannya semula. Bermula dengan sedikit pembelajaran bagaimana untuk menyampaikan, diikuti dengan kemahiran penceritaan disulami dengan ilmu tafsir Al-Quran. Cara mendapatkannya mungkin tidak secara tradisional sepenuhnya, namun yang pasti penyampaiannya adalah satu perkara yang mesti.

Ramadhan ini, ada tugas-tugas khas yang harus dikendali. 4 tempat yang perlu diteladani dengan yakin. Masa yang tertentu untuk ditetapkan agar mampu melunaskan bacaan Surah Al-Baqarah disetiap keadaan dan ruang pembelajaran.

Ramadhan kali ini juga adalah bulan 'rehat' yang agak panjang. 'Rehat' untuk saya mengambil peluang memanjangkan sebanyak-banyak doa dan permohonan. Yang paling utama, mahu mohon Allah permudahkan urusan timbangan amalan saya di akhir nanti. Mahu mohon agar diampunkan dosa agar lebih jadi insan yang mulia.

Mahu jadi khalifah, mahu masuk jannah.

Rabbi yassir, wala tu'assir.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...