Skip to main content

Semakin tua, bertambah wibawa.

Agak janggal mahu menggunakan perkataan 'tua' kali ini. 
Maklumlah, ramai antara kita yang agak kurang selesa apabila digelar tua. (Saya menulis ayat ini sambil senyum sendiri)

Ada juga masanya, perkataan 'tua' dilihat sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan ketidakcekapan, kekurangan dan kelemahan. Pada masa yang sama, 'tua' juga memberi persepsi pangkat dan tanda hormat.

Gaya dan rupa juga memberi persepsi yang berbeza. Pilihan berbeza adalah bergantung kepada individu itu sendiri. 

Bagaimanapun, usia banyak menentukan cara dan bagaimana seseorang membuat pilihan. Usia lebih yang tidak menjanjikan sesuatu yang pasti juga. Yang muda tidak bermakna kurang bijak dan yang berusia tidak bermakna lebih bijak.

Tetapi secara amnya. kebijaksanaan datang bersama dengan pengalaman hidup dengan pemikiran yang terbuka. Pemikiran manusia banyak di bentuk oleh pengalaman individu tersebut. 

Pengalaman pula banyak dipengaruhi oleh perjalanan hidup individu itu merangkumi orang yang ditemuinya, tempat yang dilawatinya serta pelajaran yang diperolehinya sama ada secara langsung atau tidak.

Apapun, tidak ada banyak perkara yang berbeza dengan usia tanpa wibawa. Wibawa pula banyak dikaitkan dengan karisma. Karisma seseorang pula banyak dipengaruhi dengan kebolehan seseorang itu mengawal emosi. 

Emosi adalah sesuatu yang sukar untuk ditelah apatah lagi untuk difahamai. Ramai yang tidak sedar emosi menjadi asas kepada kebolehan seseorang untuk menentukan masa depan. Bagi sesetengah orang karisma adalah satu anugerah. Tetapi, bagi sebahagian pula ianya boleh dibina dan dipupuk.


Dari segi sosial pula, karisma pula dikaitkan dengan kebolehan seseorang mempengaruhi individu lain atau sekumpulan orang. 

Walau berapa pun usia seseorang itu, setiap tahun pasti akan semakin tua. Ramai yang meletakkan usia pada angka tertentu. 
Walhal, angka itu sebenarnya bertambah pada setiap tahun dan bermakna semakin perlulah setiap orang itu meningkatkan kewibawaannya.

Jadi, ada juga mereka yang baru mencecah usia 20-an tetapi kelihatan amat berkarisma. Manakala, ada juga yang berusia 40-an, tetapi masih seperti keanak-anakan dari segi pemikiran. Begitulah. Seperti kata orang-orang dulu, "Jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk."

Pastinya, "Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar."

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...