Skip to main content

Lamanya...

Alhamdulillah.



Apabila dilihat gambar, anak yang 5 orang ini tidak nampak ramaikan? (>_<)

Buat kesekian kalinya, saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga. Allah sahajalah yang memberikan kekuatan dan keupayaan diri untuk bendiri hingga hari ini.

Banyak benar perkara yang berlaku sejak 4 bulan lalu. Semenjak itu jugalah, saya tidak meluangkan masa menitip kisah disini. Kanvas ini, adalah satu tempat ntuk saya meneliti semula apa yang telah saya lalui. Sejujurnya, jika kanvas ini nanti masih boleh dijejak oleh anak dan cucu, maka merekalah yang bakal menjadi pembaca seterusnya.

Hidup bekerluarga...

Tidaklah semuanya indah sentiasa. Tetapi, banyak perkara yang berlaku adalah atas diri kita sendiri. Saya yakin. Saya yang menentukan apa yang bakal saya lalui. 

Memang semuanya ketentuan Allah. Tapi, banyak perkara dan takdir manusia thelah berubah dengan usaha dan doa. Maka saya akan terus berusaha dan berdoa!

Keluarga yang besar memang meriah. Meriah dengan kegembiraan dan meriah juga dengan kesedihan dan pergaduhan. Namun, memang benar. Allah hanya meletakkan dan menguji hambanya dengan apa yang mampu ditanggung olehnya. Jadi, semuanya jadi indah sahajalah!

Hidup bermasyarakat...

Memang banyak cabarannya. Masyarakat kejiranan amat jarang saya dapat peluang bersama. Alasan bukanlah menjadi penghalang. 

Hakikatnya, saya memilih untuk lebih masa 'online' dan berada di dalam rumah dengah tugasan biasa seperti membasuh, melipat da mengemas pakaian serta memasak. Nampaknya, aktiviti di dalam rumah inilah yang dapat memberikan peluang untuk saya bersama anak-anak.

Manakala, masa 'online' juga adalah masa yang penting untuk saya bermasyarakat di alam maya. Hakikat penglibatan dalam aktiviti luar seperti jaringan dan persatuan niaga dan NGO, telah menjadi tambahan kepada jadual dan susun atur hidup yang sedia ada.

Bermula dengan keinginan memberikan sumbangan, perjalanan berpersatuan banyak memberikan penglaman dan pengajaran hidup. Ya, Allah....hebat sungguh ciptaanmu. 

Saya berpeluang berkenalan dan bertemu dengan manusia hebat dalam masyarakat yang giat membantu memperkembangkan ekonomi diri dan negara. Saya rasa agak ketinggalan. 

Namun, saya yakin. Tidak ada sumbangan yang kecil dianggap kecil!

Ya, lama benar saya tidak menekan kekunci komputer riba ini di atas ruangan blog. Hampir 4 bulan yang lalu. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Salam perjuangan buat rakan-rakan, ibu-ibu dan usahawan yang berjaya di luar sana. 

(*_*) 

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...