Skip to main content

Bajuku, Cintaku.

Bajuku, cintaku!

Mempunyai seseorang di sisi yang bernama suami adalah seolah memakai pakaian yang melengkapi diri. Pakaian yang menutup aurat,  bukan sahaja dapat memberikan keselesaan malah mampu membawa kita ke syurga yang teratas.

Gambar dari: wanitamelayu.com

Bukan sekadar berpakaian lengkap malah cantik dengan aksesori. Sebagai seorang wanita biasa yang agak suka berbaju kurung, akseori yang cantik seperti pin tudung, keronsang dan manik berjahit adalah antara yang menjadi pelengkap. Memakai baju kurung dengan hiasan, memberikan kesan rasa dan lihat yang berbeza. 

Bukan sahaja aksesori tambahan pada baju kurung itu, malah pengenaan tudung yang sesuai juga akan membuatkan diri lebih selesa. Warna yang ditambah dengan cara unik memakai tudung menjadikan pemakaian baju lebih istimewa.

Ya, suami juga dalah seseorang yang melengkapi hidup seorang wanita dengan apa yang ada. Malah aksesori yang memungkin isteri itu bahagia adalah apabila sang suami mempunyai beberapa kelebihan lain. 


Gambar dari : akuduniasesuatu-saidi.blogspot.com

Ada suami yang sangat rajin menguruskan pakaian dan barang keperluannya sendiri. Kemeja terlipat rapi dan kemas digosok sendiri. Seluar bersusun di dalam almari dan digantung dengan rapi. Sapu tangan dan pakaian kecil juga dilipat dengan kemas. Disusun satu persatu di dalam bekas teratur di dalam laci almari pakaian.

Manakala pakaian yang dipakai dirumah termasuk kain pelekat dan baju-T dilipat kemas dan diletakkan di atas rak yang berbeza. Tuala mandi tersusun di atas rak seterusnya. Manakala, tuala atau pakaian yang lain pula digantung dengan kemas dan teliti di rak penggantung yang diletakkan di sebelah katil berhampiran dengan bilik air.

Hamparan sejadah, songkok, naskhah al-quran dan tafsir disusun dengan kemas di belah meja katil yang saiznya tidak terlalu besar. Ianya mudah untuknya mencapai apa yang diperlukan selepas solat atau sebelum tidur.

Memakai pakaian yang selesa dipilih juga dalah bergantung kepada kainnya. Baju kurung adalah antara pakaian paling selelsa pernah saya pakai. Pada masa yang sama ada perbezaannya apabila saya memakai baju kurung yang dibuat dari kain yang berlainan. Sesetengah kain amat sesuai dipakai untuk tujuan memanaskan badan, terutama apabila perlu duduk berjam-jam di dalam bilik berhawa dingin.

Ada juga baju kurung dibuat dengan kain yang sesuai dan mampu menjadikan seluruh badan saya sejuk apabila berada diluar rumah. Ini amat sesuai dipakai terutama apabila perlu menghadiri jemputan kenduri di kampung. 

Ya, suami juga begitu. Apabila dikenang dan difahamkan dengan betul, suami adalah merupakan seseorang yang paling menenangkan.


Gambar dari: agnesh-blogger.blogspot.com

Ada suami yang sangat memahami dan pandai memujuk isteri. Walaupun pujukannya itu sebenarnya hanya dengan mendiamkan diri dan membiarkkan kita menangis sendirian. Itu adalah sebenarnya juga satu pujukan.

Ada yang juga begitu ekspresif. Sentuhan dan pelukan kasih sayang bagai air mengalir. Namun tidak pula banyak bicaranya. 

Ada suami yang amat suka memberikan sentuhan yang berbeza. Menulis surat cinta dan hantaran kad adalah sebagai penunjuk kasih sentiasa. Buah tangan dan hadiah adalah ibarat nada cinta yang sentiasa beralun.

Malah ada juga mereka yang tidak jemu membawa isteri ke medan selera. Untuk menjamu isteri dengan palbagai menu yang tidak pernah sama. 

Ada pula sang suami yang suka menjadi perekacipta. Menyusun atur dan membina sendiri keperluan di dalam rumah termasuklah rak dan tempat menyimpan buku. Malah, bilik tidur pun mahu dicatnya sendiri.

Ada juga suami yang amat gemar ke dapur. Memasak adalah seolah hadiah istimewa buat isteri, walau hanya dengan mi Maggi.

Gambar dari: cikmarpunyacerita.blogspot.com

Seperti bajuku juga. Aku harus bijak menyusun atur dan menyuai cara. Walaupun baju kurung pada asasnya adalah sama. 

Namun, jenis kain yang dipilih, corak dan warna yang diambil, tambahan aksesori padanya kelak akan membezakan hasil pemakaian baju itu.

Malah, baju yang sedia ada adakalanya tidak berubah apa bila aku tidak boleh memakainya lagi. Ia adalah kerana saiz badanku yang berubah!

Alahai...bajuku, cintaku. :)

Gambar dari : kringg.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...