Skip to main content

Menjadi CONTOH atau sekadar HEBOH?

Banyak cerita yang dikongsikan oleh kawan dan bersama kawan. Banyak juga berita yang bertukar telinga, mulut dan tangan. Kisah baru atau lama, nampak seperti sama. Tetapi, rupa dan rasanya tidak pula sama.

Eh, bukankah perkerja juga berpolitik ditempat kerja? Majikan juga perlu berpolitik bersama pekerja. Bukankan isteri juga main politik dengan suami? Malah, anak-anak juga amat bijak berpolitik dengan orang dewasa.

Mari kita lihat definasi ringkas tentang.

"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik"


Apa politik pada anda?

Pada kebanyakan masa, saya melihat ramai antara kita sengaja membiarkan minda sendiri dipolitikkan dengan membuta tuli. Malah, sesekali terjerumus pula ke perangkap kisah dan niat yang tidak baik. Tidak kira besar atau tidak institusi itu, malah sebuah keluarga juga dikira sebagai institusi. Baru-baru ini saya agak terkesima melihat reaksi beberapa pihak dengan situasi dan suasana politik. Saya kira tidak patut budaya politik tidak sihat dicontohi dan digunapakai dalam sebuah keluarga bahagia.

Manakala, dalam institusi lain pula, saya kira tidak layak jika politik kepartian sejagat diguna juga sebagai adat dan susila dalam politik institusi. Bagi wanita bekerjaya atau berniaga, mereka pasti akan dapat berkembang dan menjana manfaat melalui pengukuhan kebolehan diri dan pembinaal profesionalisma yang tinggi.

Oleh itu, pada kebanyakan masa, kita lihat ramai wanita terutama yang terlibat dalam industri niaga secara sepenuh masa menceburkan diri dan bergaul bersama institusi yang dikira bakal menjadi paltform untuk menambah baik kepada reputasi diri dan niaga. Pada masa yang sama institusi yang dipilih pula bukan hanya sekadar antara pertubuhan NGO, malah ia termasuk juga kepada rangakaian jaringan niaga yang bersifat serantau, industri dan keperluan.

Saya melihat keperluan berpersatuan adalah salah satu wadah untuk membina kekuatan seseorang uasahawan untuk maju ke hadapan. Ini hanya akan tercapai dengan kekuatan dan kemahuan individu itu sendiri. Ia tidak terletak secara total kepada institusi atau organisasi tersebut.

Namun, falsafah dan piagam setiap institusi dan organisasi akan menjadi salah satu faktor pemilihan bagi setiap usahawan adan peniaga untuk bersama di dalamnya. Sebagai contoh, usahawan yang banyak terlibat dalam bidang latihan dan kursus akan lebih selesa untuk menganggotai persatuan atau institusi yang terdiri dari kalangan 'trainer', jurulatih dan seumpama dengannya. 

Manakala sesetengah usahawan yang bermula dari rumah dan berniaga secara on-line akan memilih organisasi dan institusi yang lebih menjurus kepada suasana dan latarbelakang yang dapat memehami dan memberikan ruang sokongan moral kepada beliau.

Bagi sesetengah usahawan pula, mereka juga tergolong dalam kategori perniagaan yang lebih dari satu. Sebagai contoh, seorang usahwan yang memiliki sebuah restoran JM Bariani bukan sahaja terlibat dalam industri makanan, malah juga dalam industri francais. Seorang usahawan yang membuka cawangan stesyen minyak PETRONAS bukan sahaja terlibat dalam bidang 'oil & gas' malah mereka adalah juga kategori peruncit dan pemegang lesen cap dagangan.

Jadi, pemilihan untuk menjadi ahli institusi dan persatuan adalah bergantung kepada pilihan usahawan.

Mengapa berpersatuan?

Bercakap dengan beberapa ahli niaga khususnya wanita, mereka mempunyai pelbagai sebab dan tanggapan yang berbeza tentang mengapa mereka mahu menyertai persatuan, institusi atau mana-aman organisasi yang dapat memberikan mereka peluang jaringan dalam dunia niaga.

Jaringan ini tidak sahaja berlaku dikalangan usahawan tertentu, malah ia melibatkan hampir siapa sahaja yang bergelar usahawan. Antara sebab yang sangat signifikan ialah, tentang kepuasan hidup. Menurut mereka, hidup seorang ahli niaga tidak akan lengkap sehinggalah beliau dapat memberikan sumbangan kepada orang lain. Sumbangan ini adalah berbentuk tanggungjawab sosial yang tidak menghasilkan pulangan terus dari segi angka jualan.

Saya sendiri agak keliru pada peringkat permulaan. Saya tidak mahu hidup hanya dipenuhi dengan rakan dan teman, tetapi tidak punya perjuangan. Saya bimbang jika saya hanya akan berjaya dengan bergantung kepada siapa yang saya kenal. Saya ragu-ragu untuk mengaku berjaya jika sekiranya saya hanya bernasib baik pada kebanyakan masa.

Adakah saudara percaya tentang kejayaan yang diraih dengan kemahiran dan profesionalisme diri serta usaha?  Atau saudara lebih percaya bahawa saudara perlu kenal dan diperkenalkan kepada orang tertentu untuk berjaya?

WHO DO YOU KNOW? adalah mantra yang agak kurang relevan. Tetapi, WHO KNOWS YOU? kedengaran jauh lebih baik.

Jadi, saudara yang masih berjuang di luar sana. Ayuh, gagahkan diri dan teruskan usaha. Pastikan anda sentiasa menerapkan nilai sejagat untuk terus 'visible', 'available', 'responsible', 'accountable'.

Semoga terus kaya dan berjaya!


Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...