Skip to main content

CERITALAH! Kongsikan walau sedikit...

Kebelakangan ini, saya terikat dengan beberapa tugasan rutin yang menyebabkan saya terlalu banyaj menghabiskan masa untuk beberapa perkara lain. Masa yang ada tetap sama 24 jam. Cuma keperluan fokus minda terpaksa merubah arah sebentar.


Kanvas ini, sudah agak mula diselubungi sesawang. :)


Banyak perkara yang berlaku disekeliling kehidupan seharian, seolah tidak memberi pengajaran. 


Adakala, hidup ini akan bertambah sia-sia dengan adanya manusia yang tidak rajin mahu berfikir. Walhal, setiap kejadian yang berlaku ada saja pelajaran untuk setiap yang bernama manusia.


Baru-baru ini, pada hari Jumaat 8 Jun, saya agak kehairanan. Setiba di hadapan rumah, beberapa keping serpihan 'syiling' kelihatan bertaburan. Saya agak, mungkin ianya sudah agak lama. Itu sebabnya ia jatuh bertaburan di lantai.


Petang itu, suami pula mengadu beberapa keping gambar cat yang tergantung di dinding bilik jatuh ke lantai. Saya bertambah hairan. Saya tidak pula menerima apa-apa berita tentang gempa bumi atau gegaran pada masa itu. 


Rupa-rupanya, hari ini saya diberitahu ada sedikit gegaran dirasai di beberapa kawasan di Ipoh pada hari itu. Masyaallah! Begitu sekali peringatan yang Allah beri.


Mungkin bagi sesetengah orang, tiada apa yang perlu diceritakan. Tidak perlu dikisahkan. Walhal, bukankah dengan cerita itu baru ada pengajarannya? 


Keadaan hari ini, banyak menyorot cerita yang berupa 'gosip' untuk menyara keperluan telinga. Keperluan yang akhirnya memerlukan bayaran yang tinggi, tetapi tidak pula mendapat apa-apa manfaat darinya. Tentulah. Untuk mendengar cerita begitu (gosip) ramai yang sanggup membayar. 


Mungkin bagi sebilangan besar dari masyarakat menganggap kemudahan internet adalah percuma. Kemudahan 'youtube'  dan 'facebook' dianggap percuma dan bertambah seronok untuk mendengar cerita (gosip) yang panas-panas.


Hakikatnya, semua itu melibatkan kos. Kos yang paling tinggi adalah 'masa' yang berharga! 


Cerita yang membawa pengajaran akan menjadikan diri lebih baik dan dekat dengan tuhan. Cerita yang hidup adalah cerita yang berjaya menjadikan keadaan seseorang bertambah baik dari semalam. 


Cerita yang mempunyai jiwa adalah kisah yang mampu memberikan kehidupan baru bagi si pencerita dan si pendengar.


Maka, berceritalah duhai teman! 


Kongsikanlah berita gembira dari Al-Quran. Terutamanya untuk orang-orang yang inginkan kebaikan, berterusan dan yang berpanjangan...

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...