Skip to main content

MONOLOG DIRI: Apabila yang berat, menjadi bertambah hebat.

Bebarapa minggu saya tidak menulis dalam mana-mana blog yang saya punyai.

Berlalu masa dan hari, banyak memberikan saya ruang dan peluang melihat semula banyak perkara. Perkara dalam diri dan perkara mengenai emosi. Ya, benar. Banyak sungguh perkara yang harus ditangani.

Bermula dari perkara berkaitan diri, anak, suami, keluarga, ibu dan baa, adik-beradik,kerja, pekerja, pelanggan, rakan niaga dan pembekal serta kenalan.

Yang berat difikiran, menjadi bertambah hebat untuk direncanakan.

Menelusuri jalan hidup sebagai seorang hamba, memerlukan diri untuk tahu dan perlu selalu patuh pada tuannya. Ya, hamba ALLAH lah kita ini semua.

Adanya diri, anak, suami, keluarga, ibu dan baa, adik-beradik,kerja, pekerja, pelanggan, rakan niaga dan pembekal serta kenalan  hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas pemberianmu itu.

Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana Engkau telah menjadikan aku orang beriman, orang Islam.

Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana Engkau telah menjadikan aku umat Nabi Muhammad SAW.

Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana Engkau telah menutupi segala dosa dan kesalahanku dari pengetahuan orang.

Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana Engkau telah memberikan aku rezeki yang tidak dikuasai oleh sesiapa pun.

Insyaallah, yang berat meskipun menjadi bertambah hebat, Engkau jualah yang memberi rahmat!

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...