Skip to main content

SMS Pengubat Jiwa

Hujung minggu yang lalu, saya dapat mengambil Ahad, sebagai satu hari untuk berada di rumah dan menjalani rutin sehari tanpa pembantu rumah. Meskipun ia sepatutnya menjadi cuti hujung minggu yang panjang, banyak yang saya perlu lakukan. Tugasan masih panjang dalam senarai.

Malam itu saya menerima satu SMS yang agak panjang, dalam bentuk 'point' yang ringkas. Saya lihat dan baca berkali-kali sehinggalah hari ini (selasa) untuk mendapatkan intipati perkongsian dalam SMS itu.

Ini adalah kandungannya:

**************

Syarat-syarat amal perbuatan diambil kira sebagai ibadah atau pahala:
1. Mengakui dua kalimah shahadah
2. Dengan niat (harian):
    - Sahaja aku hari ini tidak akan zalim.
    - Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum
    - Sahaja aku hari ini akan menyempurnakan hajat orang kerana Allah. Lahaulawalaquwwataillah billahil
      aliyyulazim.
    Dengan Syukur (harian):
    - Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana menjadikan aku orang Islam, bukan orang kafir.
    - Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau menjadikan aku umat Nabi Muhammad SAW.
    - Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau merahsiakan dan menutupi segala dosa-dosaku selama ini.
    - Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau menjadikan rezekiku tidak dikuasai oleh orang lain.
3. MESTI kerana Allah semata-mata
4. Tidak bertentangan dengan Islam dan syariat Islam.

Tiga Soalan penting!
1. Dari mana saya datang?
2. Untuk apa saya hidup?
3. Ke mana saya akan pergi?
Soalan ini mesti dijawab, baru diterima Allah. - AlBaqarah: 28.

Alam yang dilalui manusia ada 6:
1. Di Luh Mahfuz
2. Dalam perut ibu
3. Di dunia
4. Di alam barzakh - lebih lama. Baik di dunia, baiklah di barzakh. Di dunia macam iblis, di alam barzakh seksanya 'brutal'.
5. Di padang mahsyar
6. To paradise or go to hell

Apa yang harus kita abdikan?
Segumpal daging, kalau baik, baiklah segalanya. Kalau jelek, jeleklah segalanya. -- HATI.

3 jenis hati:
1. Hati yang hidup
- Membaca Al-Quran :memahaminya, meneroka bumi dan langit dengan iman dan ilmu.
- Qiyamullail
-Bersahabat dengan orang baik
-Berpuasa
-Zikrullah

2. Hati yang berpenyakit
- Sombong
- Riak
- Ujub : bangga diri
- Sum'ah : memperdengar-dengarkan kebagusan kita pada orang lain.

3. Hati yang mati
Tandanya ada 6:
- Mengaku bertuhankan ALLAh tetapi tidak amalkan perintah Allah.
- Mengakui Rasul tetapi tidak mengikut sunnah.
- Makan dan minum tanpa rasa syukur.
- Suka menyalahan orang lain.
- Tidak mengambil iktibar dari kemmatian orang lain.
- Apabila melakukan dosa, dia anggap Allah maha pengampun. Tidak mahu mengakui kesalahan dan tidak mahu minta maaf. (ini adalah syaitan)

Syaitan itu akan bersama manusia untuk merosakkan jika:
- Marah
- Duduk berdua-duaan
- Menegakkan islam atau kebaikan.

Berilah kami hidayah, ya Allah! Ameen.

***********

Saya masih menghayati SMS ini, dan menulis dalam blog ini untuk mengabadikan ilmunya buat tatapan semua. Ya, Allah berikan kami semua kekuatan untuk terus menyampaikan. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...