Skip to main content

MAMPUKAH LAGI KAMU TERSENYUM?

Saya didatangi seorang teman guru baru-baru ini. Beliau sudah agak lama mengajar. Tetapi, pengalaman penuh mengajar anak-anak kecil baru mencapai 3 tahun.


Saya masih ingat bagaimana beliau mula menceburkan diri dalam bidang perguruan kanak-kanak. Beliau bukanlah seorang yang muda dibandingkan dengan kebanyakan guru hari ini. Pilihan kerjaya sebagai guru pra sekolah adalah kerana faktor masa.


Masa bekerja sebagai guru adalah amat sesuai bagi beliau yang perlu menjaga anak semasa ketiadaan suami. Ini lebih perlu apabila suaminya perlu bekerja pada waktu malam atau hujung minggu.




Beliau masih perlu bekerja untuk membantu suami membesarkan 4 orang anak. Maklumlah, keperluan harian semakin meningkat dari hari ke hari.


Selepas 3 bulan pertama mengajar, beliau sudah faham tentang pentingnya memenuhi keperluan anak kecil dan amat memahami perasaan ibu bapa dengan keperluan pencapaian anak masing-masing. Walaupun beliau bukanlah antara yang mepunyai latihan penuh sebagai guru, beliau nampaknya cuba berusaha untuk menjadi terbaik.


Rupa-rupanya, beliau juga menghidap penyakit darah tinggi yang agak kronik. Beliau perlu mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah. Apabila menerima komen atau ada masalah yang timbul, mudah sahaja tekanan darah beliau naik.


Namun, alhamdulillah, dengan pengetahuan rakan sekerja beliau yang lain, beliau mampu mengawal keadaan kesihatan.


Adakalanya, saya terfikir seketika apabila melihat betapa ramai rakan wanita saya di luar sana yang amat memerlukan sokongan dan bantuan untuk terus membantu keluarga. Memilih dan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan sejajar dengan kemahiran diri tidaklah mudah seperti yang disangka.


Tambahan pula, kini dunia pekerjaan sangat kompetitif. Masih ramai graduan muda yang lebih menjadi pilihan ramai majikan. Pada masa yang sama, keperluan kesihatan sendiri juga perlu dijaga. Kos pasti bertambah lagi.


Saya berharap, semoga ramai lagi rakan niaga yang lain dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada para ibu dan wanita yang memerlukan. Mungkin peluang menjana pendapatan sampingan dengan cara yang pelbagai juga dapat membantu.


Insyaallah, dengan niat yang baik, keberkatan jugalah yang akan memenuhi hidup kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...